Bila bertunang ni, banyak cabaran dan dugaannya. Mari lihat apakah cabaran-cabaran sewaktu bertunang yang mungkin dihadapi oleh anda:
1) Emosi
Waktu bertunang nil ah emosi tak stabil. Rasa nak marah saja pasangan walaupun pasangan tak buat salah pun. Kemudian, rasa nak nak syakwasangka sahaja dengan pasangan.
2) Jealous
Cemburu tak tentu fasal. Anda baru dalam fasa pertunangan tau, belum pernikahan lagi. Pasangan berinteraksi dengan rakan sekerja pun dah mengamuk tidak tentu fasal.
3) Takut salah buat keputusan
Waktu bertunang inilah , akan ada satu perasaan “eh , betul ke, aku nak kahwin dengan dia?”. Anda akan mula meragui keputusan anda dan akan mula merasa tidak pasti dengan segala-galanya.
4) Gangguan orang ketiga
Lazimnya waktu bertunang ni lah aka nada gangguan orang ketiga. Sedangkan waktu anda single, tiada siapa yang datang tapi bila dah bertunang, berpusu-pusu orang mesej atau DM untuk ada hubungan dengan anda.
5) Berubah fikiran
Sewaktu sudah mengikat tali pertunangan ini, mesti anda atau pasangan anda akan berubah fikiran. Sekejap rasa nak bertunang, sekejap rasa macam tak nak bertunang. Rasa nak putus sahaja sebab hati rasa tak tenteram.
6) Duit
Duit tak cukup sebab banyak nak menyimpan untuk majlis perkahwinan. Time ni mulalah rasa syok tengok kawan single elok makan best-best. Anda yang sudah bertunang ni kena ikat perut nak simpan duit kahwin.
7) Adultery
Mula rasa nak mendekati zina sebab sudah bertunang dan merasakan pertunangan tu tiket untuk menghalalkan segala-galanya. Anda jangan lupa, pertunangan boleh diputuskan tau!
8) Kedekut
Dapat pasangan kedekut dalam segala-galanya. Sudah, masalah ni. Bila bertunang, semua benda tiba-tiba jadi kedekut. Makan pun berkira-kira. Dalam otak anda mesti pasangan anda ni takkan berubah perangai kedekut dia tu kan lepas kahwin?
9) Tak percaya
Tak percaya kepada pasangan. Rasa dia sentiasa curang di belakang anda. Lagi-lagi lepas tengok drama Korea “The World of Married Couple”. Lagilah rasa segala-galanya tidak kena. Setiap masa anda rasa tak percaya dengan pasangan anda.
10) Hot temper
Perangai panas baran pasangan makin menjadi-jadi bila bertunang. Mungkin kerana tekanan untuk mengumpul wang, kerja dan sebagainya. Manusia bila dia under pressure, macam-macam dia akan buat.
11) “Nanti lepas kahwin dia berubah macam mana?”
Perasaan yang pasangan anda akan berubah bila dah kahwin nanti. Contohnya kalau sebelum kahwin dia layan anda baik-baik tapi lepas kahwin, dia layan anda buruk-buruk sampai anda sakit hati dan mahu bercerai. Perasaan ini pasti akan datang.
12) Komitmen
Ujian komitmen juga akan berlaku waktu pertunangan ini. Anda mampu atau tidak memberikan komitmen kepada pertunangan. Ada orang kecundang di tengah jalan sewaktu pertunangan ini.
13) Pengaruh Media Sosial
Anda mula rasa pasangan anda tidak mencukupi kerana anda lihat ramai lagi pasangan yang baik dengan pasangan mereka di media sosial.
14) Pertunangan Jarak Jauh
LDR ni memang payah sikit. Anda akan mula fikir macam-macam tentang pasangan anda yang jauh di mata itu.
15) Bakal Pasangan Anak Emas
Apabila tunangan anda itu anak emas keluarga dan semua keputusan yang dilakukan mesti melibatkan keluarga, anda akan rasa rimas dengan tunang anda sendiri.
Perasaan-perasaan ini akan muncul apabila anda bertunang. Jadi,perasaan-perasaan ini sebenarnya mainan syaitan kerana syaitan tidak suka orang yang ingin membina masjid. Artikel seterusnya, akan dikongsikan cara untuk menghadapi ujian semasa bertunang. Stay tuned!
Kredit Gambar: SST Photography