Apa itu tunang? Sedar atau pun tidak sebenarnya tunang ini sangat mudah. Dalam Islam, tunang bukan seperti yang anda lihat macam kena ada rombongan, dulang dan cincin. Tunang dalam Islam hanya melibatkan persetujuan antara lelaki dan perempuan itu. Di sini, mari lihat perkongsian tentang pertunangan :

1. Maksud Tunang

Maksud perkataan ‘tunang’ dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bakal suami, bakal isteri, kekasih, teman, jodoh dan pasangan. Secara perkataannya, tunang ni maksudnya gerek, boyfriend, girlfriend, awek, pakwe dan chinggey. Maksud tunang dari segi syarak ialah pihak lelaki menyatakan hasrat murni untuk memperisterikan wanita tersebut. Apabila wanita itu bersetuju sahaja, sah sudah menjadi tunangan kepada lelaki tersebut.

2. Tertunang Tanpa Sedar

Kiranya, ramailah tertunang tanpa sedar sebab anda setuju sahaja kan? Contohnya, pakwe anda cakap “ Alifah, saya nak kahwin dengan awak. Saya nak awak jadi isteri saya sampai syurga”. Kemudian, anda pula jawab “ Boleh je. Saya pun nak kahwin dengan awak. Boleh masuk syurga sama-sama”. Sebenarnya, Cik Alifah, dari aspek syarak, dah sah jadi tunangan pakwe anda sebab anda sudah bersetuju dengan rela.

3. Rombongan Tunang

Yang berdulang-dulang datang rumah tu sebenarnya tak wajib pun. Rombongan bertunang tu tak wajib pun. Cukup sekadar lelaki itu menyatakan hasrat untuk memperisterikan wanita tersebut dan wanita tersebut bersetuju. Lagi satu, bila bertunang ni tidak perlu dihebahkan seperti hadis daripada Ummu Salamah R.A yang mana Rasulullah S.A.W. telah bersabda bermaksud

“Zahirkanlah (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.”

– Hadis Riwayat Al-Imam Al-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus (1/1/27).

Oleh itu, tidak perlulah rombongan-rombongan ini cumanya kalau nak ikut adat , boleh lah dilakukan.

4. Syarat Sah Tunang

“Kalau saya sudah tiada ibu bapa, tidak boleh bertunang lah ya?”

Islam itu agama yang menyenangkan umatnya. Syarat sah untuk bertunang cukuplah perempuan yang mempersetujui itu cerdik, sudah baligh dan waras. Kalau perempuan itu tidak cukup syarat, wali yang kena sahkan pinangan tersebut. Mudah bukan? Namun perkara mudahlah yang selalu diberatkan oleh orang-orang kita.

5. Tunang Islam VS Tunang Melayu

Kalau tunang dalam Islam cukuplah sekadar persetujuan kedua-dua belah pihak. Tetapi tunang dalam adat Melayu, bertunang mesti ada rombongan, majlis dan cincin. Tak wajib pun ada semua benda macam pertunangan dalam adat Melayu ni. Cumanya untuk jaga hati orang-orang tua di rumah, buatlah juga tapi cubalah buat secara sederhana. Sebab Islam pun cakap buat yang mudah-mudah sahaja. Tapi jangan pula anda pergi kecam sahabat-sahabat anda yang buat majlis pertunangan sampai ada pelamin macam wedding itu. Takpa, ikut rezeki masing-masing tau!

Sekian perkongsian pada kali ini. Pada yang akan bertunang, selamat bertunang. Pada yang sudah bertunang, tahniah dan semoga Allah permudahkan urusan anda. Duit untuk majlis perkahwinan dah cukup ke belum? Kalau belum saya cadangkan anda baca tips mudah kumpul duit kahwin RM20,000. Cuma perlu masukkan nama dan email anda, dah boleh baca tips tersebut. Selamat mencuba!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles