Kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin mempunyai banyak jurang perbezaan, orang yang sudah berkahwin akan menghadapi banyak perkara baru. Seperti yang kita tahu, sebelum berkahwin pastinya kita akan duduk bersama ibu dan ayah kita, tapi kalau kita sudahpun berkahwin pastinya kita akan duduk bersama suami. Pernah tak korang semua terfikir nak buat apa ya dekat rumah mertua, sebab pertama kali kan bermalam di rumah mertua, jadi untuk blog minggu ni, i akan kongsikan tips untuk hari pertama bermalam di rumah mertua.
Korang jangan risau jangan nervous okay, admin blog kahwin kan adaa! okay untuk yang baru pertama kali nak bermalam di rumah mertua tapi taktau nak buat apa? Jom kita tengok apa je yang kita boleh buat untuk hilangkan rasa kekok.
1. Bangun awal
Kalau kat rumah mertua, kita bangunlah awal sedikit, mandi & solat. Janganlah bangun lewat, apa pula kata mertua nanti, kalau kita bangun awal pagi, boleh lah kita tolong mertua kita di dapur untuk siapkan sarapan pagi, ha kan nampak sikit yang macam kita ni menantu pilihan hahaha, Apa salahnya kita tolong mertua kita, dari sini kita boleh hilangkan rasa kekok tu sikit demi sedikit masa buat kerja sama sama dengan mertua.
2. Tolong buat kerja dapur
Kita tolonglah basuh pinggan/mangkuk di dapur, kalau tak dapat tolong banyak tolonglah sikit sikit mana yang perlu, yang paling penting jangan main phone masa orang tengah sibuk buat kerja atau masa berada di dapur, kalau tak ada kerja yang boleh dibuat, cuba tolong orang yang ada kerja, sambil tu boleh berbual-bual untuk kenal lebih rapat.
3. Ajak berbual
Cuba kita ajak mertua kita berbual sambil minum petang, cubalah tanya apa aktiviti harian mereka, atau makanan kegemaran diorang, cuba berbual dengan topik yang boleh buat kita kenal dengan keluarga mereka dengan lebih dalam lagi. Manfaatkan masa yang ada berbual dengan mertua, supaya dari situ kita tahu apa yang mereka suka & tak suka dan kita juga dapat mengenali karakter mereka bagaimana.
4. Makan bersama
Seelok eloknya kita duduk dan makan bersama sama dengan mertua, masa nilah kita dapat rasa masakan mertua dan berikanlah kata kata pujian kepada dia, dan cuba tanya tentang resepi yang dia guna, Dari sini kita boleh cuba selesakan diri kita dengan makan bersama orang baru, dan tak lupa juga kalau boleh jangan bawa makanan luar dan makan sorok sorok, kalau nak beli makanan di luar belilah juga untuk orang di rumah ya.
5. Pandai bawa diri
Ini adalah perkara yang sangat penting, kita kena pandai pandai bawa diri kita dan jangan tunjukkan sangat yang diri kita ni kekok. Kalau kita takda apa apa aktiviti yang boleh dibuat cuba kita tanya tentang pengalaman mertua membesarkan semua anak anaknya, dan berkongsi ilmu tentang macam mana di usia muda dulu mereka bekerja. Kalau semua benda dah tahu dah tanya, cuba kita cari budak budak dan main dengan diorang, kalau takda budak kita cuba ajak mertua tonton beberapa filem di televiseyen.
Banyak cara yang kita boleh buat, yang paling penting, adab kita perlu jaga, cuba perlahan-lahan kita sesuaikan diri kita dengan persekitaran baru dan jangan terlalu memaksa diri. Semoga korang berjaya!