Sudah menjadi ‘trend’ masa kini kebanyakannya pengantin zaman sekarang mempunyai ‘bridesmaid’ untuk memeriahkan majlis mereka. Biasanya bridesmaid ini terdiri daripada kawan baik atau family yang rapat dan terdekat. 

Namun ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar bridesmaid ini selain menjadi pengiring pengantin dan mencantikkan gambar perkawinan. Terdapat juga segelintir masyarakat yang menyuarakan serta tidak berpuas hati kerana ramai bridesmaid yang tidak tahu fungsi mereka semasa majlis perkahwinan. Banyak juga terjadi isu bridesmaid tidak pedulikan pengantin malah hanya pandai melaram sahaja. 

Jika bakal bridesmaid pun tidak tahu apa sebenarnya fungsi mereka di hari bahagia pengantin, ini adalah beberapa fungsi yang boleh bridesmaid hadam dan ikuti. 

1. Pegang phone pengantin dan handle segala urusan ketika majlis.

Pengantin memang tak sempat nak pegang phone sendiri ketika hari bahagia mereka. Pada hari kahwin mestilah ramai orang yang call atau mesej seperti vendor-vendor  ataupun tetamu sendiri yang ingin bertanya jalan dan sebagainya. Di sinilah bridesmaid boleh ambil alih untuk handle phone pengantin. Barulah pengantin lega dan tak kelam kabut.

2. Make sure pengantin cukup rehat dan alas perut sebelum majlis bermula. 

Bridesmaid kena sentiasa ingatkan pengantin untuk rehat secukupnya sebelum majlis bermula. Selain itu, kebanyakan pengantin juga tidak sempat pun untuk menjamah makanan kerana pagi-pagi lagi dah kena makeup. Bridesmaid kena lah make sure pengantin alas perut, ambil makanan dan minuman bagi kepada pengantin sebelum majlis bermula. 

3. Prepare tisu dan kipas untuk pengantin.

Bridesmaid juga boleh tolong prepare tisu dan kipas kepada pengantin sewaktu majlis sedang berlangsung. Sudah tentulah pengantin akan berpeluh setelah penat bersesi foto, melayan tetamu dan sebagainya. Sebaiknya memang bridesmaid sudah standby dari awal di sisi pengantin untuk hulurkan tisu dan kipas.

4. Pastikan pengantin sentiasa nampak cantik dan kemas.

Pada hari bahagia pengantin, sudah pastinya pasangan pengantin ingin tampak sentiasa cantik sepanjang majlis. Bridesmaid boleh juga membantu pengantin dengan membetulkan ‘veil’ atau tudung pengantin untuk sentiasa kelihatan kemas. Baru lah gambar pun cantik dan tidak mengecewakan !

5. Tolong agihkan doorgift.

Tetamu yang berkunjung sudah semestinya ramai dan keluarga pengantin juga biasanya tidak sempat untuk melayan tetamu pada masa yang sama ingin agihkan doorgift. Di sini beberapa orang bridesmaid boleh tolong agihkan doorgift buat tetamu yang berkunjung.

Semua bakal bridesmaid haruslah take noted tugas anda di hari bahagia pengantin. Bakal pengantin juga haruslah memilih bridesmaid yang sebetulnya di hari bahagia anda supaya tidak menyesal di kemudian hari. Goodluck semua !

Kredit Gambar : Weddgaf Studio