Kalau kita tengok zaman sekarang ni ramai pasangan yang kahwin muda, wahhh mesti antara pembaca blog kahwin ni pun ada yang nak kahwin muda, bagus ke tak sebenarnya kahwin muda ni? itu yang kita nak tau harini, tapi sebelum admin pergi lebih jauh lagi korang semua nak ke kahwin muda? Kita sebenarnya kena tahu dan faham tau korang, kahwin ni tanggungjawab kita bertambah, bukan semata mata kita berkahwin nak halalkan apa yang haram, perkahwinan semuanya tentang ilmu, persediaan dan perkongsian.

Haa nak kahwin ni ada cara dia, bukan kita kata nak kahwin boleh terus kahwin, bukan ya. Kalau kita tengok ramai anak muda yang sudah pun berkahwin pada usia yang sangat muda, janganlah kita memandang serong terhadapnya, cuba kita doakan kebahagiaan rumah tangga mereka, tapi persoalannya, boleh ke kahwin muda? jawapan dia boleh, asalkan kita buat 3 perkara ni selepas kahwin.Jom tengok!

1. Bertanggungjawab

Bila dah kahwin jangan pula kita terbawa bawa perangai bujang, ingat ya kita dah ada pasangan. Nak kahwin muda tak jadi masalah kalau kita pandai laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang suami ataupun isteri. Orang kata dah kahwin buat cara dah kahwin, tanggungjawab tula yang sangat penting sebenarnya, nafkah pun kena cukup. Kalau rasa anda seorang yang bertanggungjawab, boleh teruskan niat untuk berkahwin tu, kalau anda pula seorang yang suka lepas tangan, jangan kahwin dulu, perbaiki diri kita dulu baru lah kita tak seksa perasaan pasangan.

2. Sentiasa menambahkan ilmu

Kita ni takkira lah dalam situasi apa pun terutama bila nak berkahwin tambah lah ilmu tu, ilmu perkahwinan ni sangat penting tau terutama dari segi pandangan agama kita. Kalau kita tak ada ilmu perkahwinan, boleh jamin ke perkahwinan itu akan bahagia, sekurang kuragnya bila kita ada ilmu perkahwinan ni, kalau ada masalah rumahtangga yang berlaku kita dapat selesaikan dengan cara yang baik, rumahtangga pun akan bahagia, apa kita perlu lakukan kalau kita nak kahwin muda adalah, tambahlah ilmu dalam diri kita supaya kita faham semua aspek dan konsep hidup berkahwin.

3. Bersedia untuk hidup berkahwin

Sebelum berkahwin kita fikir dulu baik baik, betul ke niat kita, apa betul kita sudah betul betul bersedia untuk hidup bersama pasangan, di mana kita perlu bertolak ansur, berkongsi, berkorban tenaga dan juga masa kita dengan pasangan kita tu. Pastikan kita bersedia dengan ilmu perkahwinan dan kita mampu untuk hidup bersama pasangan selepas kahwin serta bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai dan isteri.

Tak salah pun kita nak kahwin muda, apa yang penting kita kena praktikkan 3 benda ni semua. Jangan ambil perkara kahwin ni mudah ya, jadilah pasangan yang matang sama sama perbaiki yang kurang. Kalau rasa dah mampu untuk berkahwin, kenal pun dah lama percepatkanlah halalkan hubungan tersebut, apa yang paling penting, jangan asyik memikirkan keperluan wang ringgit selepas berkahwin je, ilmu perkahwinan pun harus dipelajari dan ditambah, semoga bermanfaat untuk anda semua, Assalamualaikum