Selalu sangat kita dengar perkataan red flag, green flag kalau berdebat pasal isu hubungan cinta, sering muncul di media sosial terutamanya di Tiktok dan Twitter. Apa maksud green flag red flag ni?
Greenflag dalam hubungan cinta ialah tanda menunjukkan anda sedang menuju ke arah hubungan percintaan yang sihat. Manakala redflag ialah tanda ke arah hubungan yang toksik.
Dr Diane Strachowski
Ketika memulakan hubungan percintaan, mudah untuk kita lihat redflag dalam diri pasangan tapi penting juga untuk kita ambil tahu apa kekuatan pasangan kita.
Tapi macam mana nak tahu pasangan kita ni ada greenflag ke tidak? Sebab cinta tu buta, kita susah untuk bezakan tanda greenflag ke redflag dalam diri pasangan sebab yelah, tengah angau bercinta kan.
Sering berkomunikasi
Walaupun sentiasa ada salah faham, pasangan kita sering ajak berkomunikasi, bukan melarikan diri ketika ada masalah. Ignore, seen takpun ghosting. Tapi bila dah ada mood, dah bosan, baru nak cari kita.
Greenflag bila pasangan kita sanggup berkomunikasi tentang masalah dalam hubungan kita walaupun tahu apa kesannya, bila dia ikhlas untuk komunikasi dan selesaikan masalah, ada effort untuk perbaiki masalah.
Selesa ketika bersama mereka
Bila pergi date, mesti try hard nak control diri, taknak makan comot, makan pun kedai hipster, buat ayat atau pickup line yang agak meloyakan demi untuk impress dia.
Tapi, selesa tak kita bila pergi date dengan dia? Selalu sangat fikir cantik tak aku? Hensem tak aku? Dia suka tak aku? Dia judge aku tak kalau aku banyak cakap?
Kenapa tak fikir, selesa tak aku dengan dia?
Jadi kalau selesa, kita boleh jadi diri sendiri kalau pergi date, lepak dengan dia. Makan kat mamak pun okay, pakai baju biasa pun okay, sembang pasal topik apa-apa pun okay.
Tahu yang dia takkan judge kita dan sayang kita bukan sebab rupa atau kebendaan.
Supportive
Susah nak cari pasangan yang ada hobi dan minat yang sama dengan kita, tapi bila dia support minat kita dan tak judge hobi atau minat kita, inilah tanda greenflag.
Contoh, boyfriend minat bola, kita sokong, ikut dia pegi tengok match bola.
Kalau girlfriend minat K-POP, kita sokong, ikut dia tengok concert K-POP.
Selagi tak memudaratkan, tak salah kan kita support minat mereka?
Rasa Terinspirasi
Lain orang, lain perjalanan hidup. Struggle yang dihadapi pun lain-lain. Bila dah ada pasangan, masing-masing akan fikir masa depan untuk bersama.
Perhubungan ini akan membuatkan kita fikir dua tiga kali untuk teruskan impian yang kita dah ada sebelum berpasangan lagi.
Jadi bila ada pasangan yang sokong impian kita, support kita masa tengah struggle, ini akan buatkan kita rasa terinspirasi dan kerja keras for self-growth dan better future.
Bukannya buat kita rasa down dan stress bila fikir pasal future.
Apa yang penting, dalam perhubungan, pasangan kita beri aura positif, bukan aura ke 19 ya, rasa selesa dan bahagia ketika bersama mereka.
Jika jumpa tanda greenflag dalam hubungan, berusaha untuk setia dan kekal dengan pasangan kerana ini akan menjamin hubungan yang bahagia sehingga jinjang pelamin. Semoga berjaya!