Bila kita sebut pasal crush, mesti ada seseorang yang muncul di fikiran sekarang ni.

Tapi apa crush ni sebenarnya?

Term ini muncul pada awal tahun 2010 di mana seorang bujang suka akan seseorang dan kemudian hanya mampu berharap daripada jauh.

“Crush aku ni cantik sangat lah!”

“Hmm hari ni crush aku buat apa ya?”

“Bila lah crush aku ni nak jadi jodoh aku pula?”

Tapi crush ni suka-suka saja ke ataupun kita serious?

Ramai yang buatkan seseorang itu sebagai ‘crush’ hanya untuk suka suka kerana mereka tidak mahu rasa tertinggal apabila kawan-kawannya yang lain selalu bercerita tentang seseorang yang dia suka.

Jadi dia pilih sesiapa sahaja yang dia berkenan dan terus di’label’kan sebagai crush!

“Tapi boleh ke perasaan pada seseorang itu jadi lebih serious?”

Mestilah boleh!

Kadang-kadang kita tak jangka pun kita akan sukakan seseorang itu melebih-lebih.

Hati setiap orang berbeza-beza.

Jadi tak salah pun untuk anda mimpikan yang crush anda itu akan duduk di sebelah anda di atas pelamin bersama sama dengan anda!

“Boleh ada harapan ke ni nak bercinta dengan crush?” 

Tidak ada sesuatu pun yang mustahil dalam dunia ni kalau kita tak mencuba betul tak?

Selagi tak cuba selagi tu tak tahu apa yang akan jadi.

Jadi anda boleh mula kumpulkan segala keyakinan yang anda ada untuk meluahkan perasaan pada orang yang anda suka!

Jangan cukup berangan sahaja yang si dia dan ada boleh jadi pasangan pengantin!

Mulakan langkah anda!

“Tapi, hm macam mana kalau dia reject? “

Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukannya seekor!

Masih banyak lagi di luar sana yang berkumungkinan besar untuk jadi jodoh anda.

 Ramai di luar sana yang boleh jadi pasangan untuk cari cincin kahwin bersama, fikirkan tentang majlis kahwin dan juga pasal hantaran.

Jadi jangan takut untuk beritahu orang yang anda suka tentang perasaan anda.

Mana tahu selepas dah bagitau terus diajak kahwin?

Kahwin muda kan seronok?

Apa lagi kan?

Tapi ingatlah jodoh ni semua ketentuan Allah.

Kita hanya boleh usahakan.

Jodoh adalah sesuatu perkara yang kita tak sangka.

Di dalam Surah Ar-Ruum 30:21 Allah telah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi kaum yang berfikir.”

Jika anda ingin dapatkan tips untuk pikat bakal imam anda, kami cadangkan untuk anda baca ebook Tips Pikat Lelaki yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.

Kredit Gambar: SBXS Photography

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles