Anda rasa anda sudah mampu untuk kahwin muda?

Anda rasa anda sudah memang betul-betul mahu berkahwin?

Anda rasa anda perlu juga kahwin dalam masa terdekat?

Tapi anda masih belajar, lagi-lagi masih ada beberapa tahun baki pengajian.

Usah gusar dan gelisah.

Bak kata orang Sabah, tenang bah.

Ini masalah yang boleh ditangani dengan musyawarah.

Anda kena ada satu matlamat iaitu meyakinkan kedua orang tua anda bahawa anda mampu untuk berkahwin dalam usia muda dan dalam zaman yang penuh pancaroba ini.

Di sini ada beberapa tips yang anda boleh buat untuk tackle hati ibu dan bapa anda untuk memberikan lampu hijau bagi perkahwinan anda.

1) Tunjukkan Sikap Matang

Matang tak semestinya serius.

Ramai yang tersalah anggap bahawa matang itu ialah serius, tak boleh gelak-gelak dan sentiasa di bawah tekanan.

Bukan ya.

Betulkan balik definisi matang bagi anda.

Matang maksudnya anda dan pandai kawal emosi, pandai buat keputusan yang baik dan tak banyak buat silap dah dalam kehidupan.

Duit pun dah boleh cari sendiri.

You are having your own life!

Kalau duit pun takda, macam mana nak kahwin?

Nak harapkan duit mak ayah?

Sudahlah cukup beberapa puluh tahun ini anda menyusahkan mereka.

Kalau anda betul-betul nak kahwin sekarang, tunjukkan anda dah matang.

2) First Thing First

“Saya nak kahwin dengan awak tapi saya ada lagi dua tahun baki pengajian.”

“Boleh ke saya bahagi komitmen saya antara pengajian dan rumah tangga?” .

Jawapannya, boleh.

Berapa ramai dah orang kahwin muda ni cuma nak dengan taknak je usaha.

Beritahu ibu bapa anda bahawa walaupun anda berkahwin, anda masih akan teruskan pengajian anda seperti biasa sampai anda tamat pengajian.

3) Bentangkan Perancangan Masa Depan

Bentangkan perancangan masa depan anda kepada ibu bapa anda.

Bentang macam dalam tutorial tu.

Ada slaid dan ada penerangan.

Pastikan sekecil-kecil perkara juga diberitahu.

Maksudnya anda sudah ada visi dan misi dalam hidup anda jika anda berkahwin muda ini.

Beritahu dengan jelas dan guna bahasa memujuk bukan paksa.

Santai.

4) Ada Back Up Plan

Beritahu ibu bapa bahawa jika mereka tidak benarkan anda berkahwin sekarang, anda ada back up plan lain.

Anda akan berkahwin pada waktu lain seperti selepas selesainya pengajian anda di universiti.

Kalau anda beritahu begini, ibu bapa akan terfikir, “Eh, anak aku ni sungguh-sungguh betul mahu kahwin. Banyak usaha dia.”.

Ibu bapa akan lembut hatinya bila anda beritahu anda ada juga plan lain.

Nampaklah bahawa anda benar-benar bersedia untuk bernikah.

5) Bincang Hati Ke Hati

Bincanglah dari hati ke hati bersama-sama ibu bapa.

Cerita betul-betul pada mereka.

Sembang.

Luahkan apa-apa yang anda rasa.

Selalunya tak semua perkara anda beritahu ibu bapa anda kan?

Sekarang, curahkan semua.

Kalau rasa sebak nak nangis.

Silalah menangis.

Jaranglah heart to heart talk ni tak berjaya.

Kalau anda dah buat semua tetapi ibu bapa masih tidak izinkan, yakinlah bahawa perancangan Allah lagi hebat daripada perancangan Anda.

Yakinlah bahawa ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggu anda.

Ada hikmah.

Kredit Gambar: Firdauz Fotopages

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles