Panas baran ni merupakan satu sifat yang sangat tidak bagus untuk semua pihak sama ada lelaki mahupun perempuan, suami mahupun isteri.

Kalau anda rasa anda ada panas baran dan anda ingin kurangkan panas baran, tahniah kerana anda sedar kerana ada sesetengah orang tidak sedar bahawa mereka panas baran.

Di bawah ini kami akan tunjukkan cara-cara untuk kawal atau buang panas baran.

1. Spray Air

Sentiasa bawa spray air kecil di dalam tas tangan.

Tak perlu yang besar, yang kecil sahaja sudah memadai.

Selalunya spray kecil ini ada dijual di Mr. DIY ataupun di Daiso atau di mana-mana yang anda boleh dapatkan barangan plastik.

Bila anda rasa nak marah atau rasa nak mengamuk sahaja, sembur spray itu ke muka, tengkuk dan badan supaya anda rasa cool sedikit.

Walaupun dia tidaklah terus menghilangkan marah anda sekurang-kurangnya mampu mengawal.

2. Minum Air Ais

Terus grab minuman berais dan minum.

Minum air tu sampai lega.

Minuman berais ini mampu untuk meredakan dada yang sedang berombak akibat marah.

Kalau tidak suka minuman berais boleh sahaja minum minuman yang biasa tidak berais.

3. Makan Coklat

Makan coklat.

Sebaik-baiknya coklat gelap lah tetapi mana-mana coklat pun tidak mengapa.

Dalam coklat ini ada koko yang mampu meransang tubuh manusia untuk mengeluarkan hormone endorphin yang berperanan untuk mengembirakan manusia.

Sebab tu kalau makan coklat, anda akan rasa gembira.

4. Makan Suplemen

Ada satu suplemen ini yang mampu untuk meredakan stress anda.

Suplemen itu bernama L-theanine 90 kapsul.

Kalau makan ni, ia boleh membantu untuk tidur, stress dan gelisah.

Namun jangan lah overdose pula. Ambil sebagai suplemen sahaja.

5. Deep Breathing

Deep breathing ialah cara pernafasan di mana anda menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan tahan untuk 10 saat kemudian hembus perlahan-lahan.

Ulang perlakuan ini sampai anda dah rasa relax dan bertenang.

Deep breathing ini bantu anda untuk betul-betul bernafas dan oksigen sampai ke otak.

Namun begitu, selaku umat Islam, ada beberapa perkara yang dianjurkan dalam Islam untuk meredakan marah iaitu ambil wuduk, berzikir dan ubah kedudukan ketika marah.

Jadi, mari sama-sama amalkan.

Selamat mencuba!

Kredit Gambar: Farhan Najib/Malay Mail