Perempuan mana yang tak nak hidup bahagia dengan lelaki pilihan mereka,betul tak?. Tapi zaman sekarang walaupun itu pilihan kita sendiri ianya masih boleh menjadi pilihan yang salah tahu tak. Sedih ya bila setiap kali tengok kes penceraian, kes curang dan macam-macam lagi boleh berlaku sekarang. Jadi untuk mengelakkan perkara itu semua berlaku, kepada wanita yang berhajat atau masih mencari calon suami mereka jom tengok ciri-ciri lelaki yang korang perlu elakkan bagi menbina keluarga yang bahagia hingga ke akhirat.

1) Tidak Bertanggungjawab.

Seorang lelaki sepatutnya mempunyai sifat bertanggungjawab. Ini kerana, mereka yang akan memikul tanggungjawab untuk memimpin keluarga mereka kelak. Lelaki tanpa sikap tanggungjawab tidak boleh memimpin keluarga. Nilai calon suami anda daripada menjaga keluarganya.

2) Kedekut

Mempunyai suami yang kedekut juga sangat malang bagi seorang perempuan. Kedekut dan berjimat dua perkara yang berbeza. Jangan samakan.Jika rajin kerja siang malam tapi ada unsur kedekut memang tak berguna juga. Nanti takut lepas dan berkahwin, nak beli bahan makanan yang sedap pun dah tak boleh.

3) Suka Maki Hamun

Cakap dengan suara yang kuat masih lagi boleh diterima, tapi jika bercakap dengan ayat makian memang tak patut. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang Perempuan memang menjadi lumrah mempunyai hati dan perasaan yang jenis senang terasa, apa lagi bila dimaki hamun. Jadi pastikan korang buang laki yang macam ni jauh-jauh.