Kahwin paksa pada tahun 2022 masih relevan walaupun teknologi pada masa kini sudah sangat maju kerana ada sesetengah keluarga yang masih berpegang kepada prinsip keluarga masing-masing.

Ada yang mengahwinkan anak mereka kerana sudah berjanji.

Ada yang mengahwinkan anak mereka kerana urusan perniagaan.

Ada yang mengahwinkan anak mereka kerana keturunan.

Dan macam-macam lagi.

Hari ini kami akan bawakan kepada anda kebaikan kedua-dua jenis perkahwinan iaitu perkahwinan yang diatur keluarga dan juga perkahwinan yang biasa iaitu dengan pilihan sendiri.

1. Perasaan cinta

Kahwin dengan Pilihan Sendiri : Kalau kahwin dengan pasangan pilihan sendiri, anda memang sudah bercinta dengannya dan anda memang sudah cintakan si dia. Maksudnya anda memang nak hidup dengan dia buat selama-lamanya. 

Kahwin Aturan Keluarga : Kalau kahwin dengan pilihan keluarga, anda akan bercinta selepas nikah di mana lebih indah dan halal. Anda akan rasa manisnya bercinta selepas berkahwin. Inshaa Allah anda akan rasa hari-hari anda jatuh cinta dengan pasangan anda.

2. Keserasian (Chemistry)

Kahwin dengan Pilihan Sendiri : Chemistry antara pasangan memang sudah terbina sejak sebelum kahwin akan memudahkan perkahwinan anda dan untuk anda merancang masa depan anda. 

Kahwin Aturan Keluarga : Chemistry akan mula dibina sedikit demi sedikit yang akan menjadikan perkahwinan itu lebih indah kerana sedikit demi sedikit kimia akan dibina antara anda dalam perhubungan yang halal.

3. Kewangan

Kahwin dengan Pilihan Sendiri : Anda memang sedia maklum dari A hingga Z tentang pasangan anda punya kewangan. Anda dah rancang dah kewangan selepas kahwin macam mana. Maksudnya, tak perlu lagi teraba-raba mencari penyelesaian.

Kahwin dengan Aturan Keluarga : Lazimnya kalau kahwin dengan aturan keluarga ni mesti baik-baik. Keluarga anda tahu apa yang terbaik untuk anda. In shaa Allah anda tidak aka nada masalah kewangan kerana keluarga telah pilih yang terbaik untuk anda.

Kahwin dengan pilihan sendiri atau keluarga merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Oleh itu, masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Kalau anda tidak suka diatur, bincanglah elok-elok dengan keluarga anda. Semua kan boleh dibincang.