Pada masa kini, anda dapat lihat banyak wanita yang bekerja walaupun sudah berkahwin.

Jika mereka bekerja hanya untuk menampung sedikit beban suami, tidak mengapa kerana itu atas ihsan si isteri itu sendiri.

Namun begitu, ada juga wanita yang bekerjaya hanya kerana untuk menampung si suami bak kata pepatah bagai mendukung biawak hidup.

Hal ini sangat merunsingkan kerana tanggungjawab sang suamilah sepatutnya untuk menanggung isteri, bukan isteri menanggung suami.

Mari kita baca luahan seorang isteri yang teraniaya selama 25 tahun tempoh perkahwinan.

Nama beliau ialah Puan Zaharah (bukan nama sebenar) yang tinggal di tengah-tengah Kuala Lumpur atau lebih tepatnya di flat setinggan di Kuala Lumpur.

Beliau telah melangsungkan perkahwinan selama 25 tahun.

Bukan satu tempoh yang pendek kerana anak-anaknya yang ada tiga orang semuanya sudah menginjak ke awal dewasa.

Pada awal perkahwinan, ya semuanya indah.

Suaminya masih lagi bekerja dengan satu syarikat di Shah Alam (hidupnya penuh pindah-randah kerana suaminya yang sangat tidak pandai mengurus kewangan).

Puan Zaharah dapat makanan lagi dan tidak perlu bekerja pun kerana suaminya suruh berhenti selepas berkahwin sedangkan sebelum ini Puan Zaharah bekerja sebagai kerani di salah satu syarikat terkemuka di Shah Alam ketika itu.

Apabila mereka dapat bayi yang pertama, suaminya mula menunjukkan belang kerana habis bil-bil air, bil elektrik dan sewa rumah tidak dibayar atau lambat bayar sampai dikejar-kejar penyewa dan dipotong bekalan api dan elektrik.

Kehidupannya sangat sukar, mereka sekeluarga sering berpindah kerana lari daripada tuan rumah sewa.

Perkara ini berlarutan sampailah anak pertamanya berusia 6 tahun dan ketika itu mereka menetap di Kajang dan mempunyai bayi kedua.

Suaminya berhenti kerja kerana tiba-tiba tidak mahu bekerja di bawah orang.

Katanya tidak mahu menjadi kuli orang.

Puan Zaharah terpaksa menjual nasi lemak tetapi tidak mendapat keuntungan kerana kawasannya yang tidak memberangsangkan.

Macam-macam Puan Zaharah cuba untuk berniaga, semuanya gagal dan dengan suami yang tidak bekerja.

Hanya tahu melepak dan merokok menggunakan duitnya.

Puan Zaharah masih lagi bertahan atas dasar cinta.

Masih lagi beliau menghulurkan wang berniaga walaupun tidak banyak.

Begitulah kitaran hidup Puan Zaharah sejak beberapa tahun yang lalu sampailah ketiga-tiga anaknya membesar dan mereka berjaya membeli rumah flat setinggan.

Syukurlah dua orang anak-anaknya belajar semua menggunakan biasiswa.

Hanya seorang anaknya yang mengikut jejak suaminya iaitu kuat melepak dan merokok serta tidak ada ikhtiar langsung untuk mencari keja.

Dalam keluarga itu seolah-olah Puan Zaharah yang menjadi suami atau ketua keluarga.

Segala bil air, bil api, bil astro, bil telefon (walau pun telefon suaminya), dutir rumah, makanan dapur, semuanya duit Puan Zaharah.

Paling sadis, mereka tinggal di tengah kota Kuala Lumpur namun sekeluarga hanya mempunyai sebiji motor sahaja.

Itu pun Puan Zaharah beli untuk anaknya cari kerja tapi pada akhirnya tidak mahu bekerja (anaknya yang malas itu).

Yang anaknya lagi dua?

Terpaksa bergantung dengan kaki mereka dan Grab untuk bergerak ke sana ke mari kerana tidak mampu untuk beli kereta atau apa-apa.

Tambahan, suaminya tidak pernah solat.

Suaminya selalu cakap, Tuhan jahat sebab tu mereka miskin.

Kisah Puan Zaharah ini sangat tidak logik jika difikirkan semula namun  itulah reality kehidupan.

Mungkin ada yang cakap “Eleh, ini mesti cerita fiksyen rekaan.”.

Tidak, ini cerita sebenar yang Puan Zaharah ceritakan pada kami dan kami sangat terkejut masih ada keluarga yang sedemikian pada tahun 2020 ini.

Marilah sama-sama kita doakan Puan Zaharah murah rezeki selalu dan terus cekal untuk menghadapi kehidupannya.

Aamiin.