Benda paling ‘hot’ waktu PKP ini ialah nikah ‘Online’!
Bayangkan dah kumpul duit kahwin apa semua, lepastu tiba-tiba PKP.
Alamak!
PKP bukan penghalang untuk anda bernikah. Anda boleh menikah online.
Ya, online sahaja.
Ada beberapa Majlis Agama Negeri yang membenarkan rakyat negeri mereka untuk berkahwin iaitu
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Ha, kalau anda merupakan rakyat negeri-negeri yang disebutkan, tunggu apa lagi.
Segerakan apa yang cepat.
Namun begitu, anda kena lihat dulu sama ada kahwin online ni lebih kepada menjimatkan atau memakan banyak duit.
Mari lihat satu per satu.
1. Asas
Kalau kahwin online, kita hanya panggil orang-orang yang wajib ada waktu nikah contohnya, saksi, tok kadi, wali dan pengantin.
Itu sahaja dan cukup syarat untuk bernikah.
Tak perlu pun panggil orang ramai-ramai.
Lagi ramai, lagi berisiko untuk dijangkiti penyakit Covid 19.
2. Katering
Selalunya kalau catering, mereka akan kira kos satu kepala berapa.
Kalau anda kahwin waktu PKP, tak payah panggil catering.
Selalunya satu kepala paling busuk kawasan KL ni RM10.
Kenapa tak payah panggil catering?
Sebabnya anda tak payah jemput orang ramai.
Jemput orang wajib ada je macam mak ayah, adik beradik dan saudara mara dekat.
Masak sendiri pun boleh.
Kalau nak juga panggil catering, pangillah tapi lebih jimat kan berbanding kalau jemput ramai orang?
3. Pelamin
Kalau kahwin online, tak payah ada pelamin!
Yalah kan, pengantin jauh-jauh.
Seorang di Kuala Selangor dan seorang di Jempol.
Macam mana nak ada pelamin? Kah!
Pelamin paling rendah harganya ialah RM200 hingga RM250 .
Itu paling murah. Kalau takda pelamin, jimat sangat.
Benda ni anda boleh apply kalau nak kahwin waktu biasa.
Tak perlu pun pelamin gah-gah. Cukup photobooth DIY kan lebih jimat.
4. MUA
Make up artist sangat mahal tau.
Lagi-lagi kalau anda teringin nak Syed Dewa atau Mak Bae yang solek anda.
Memang RM1000 dah melayang.
Kalau kahwin online, sangat simple. Tak payah make up pun.
Bukan orang nampak pun dalam skrin anda.
Cukuplah solek sendiri.
Kalau tak reti, panggil kawan atau adik beradik atau saudara-mara yang pandai ya.
5. Tak Perlu Dulang Hantaran
Lazimnya dulang hantara ni orang buat hiasan je atau untuk cantikkan majlis.
Kalau nikah online, tak payah dulang-dulang hantaran ni.
Sangat mudah.
Dah jimat duit beratus sudah tu.
Duit tu anda boleh guna untuk kehidupan selepas berkahwin atau travel honeymoon nanti.
Kesimpulan
Kesimpulannya, nikah atau kahwin online ni memang jimat.
Jadi, ya fakta!
Jika anda berniat untuk berkahwin online, silakan teruskan niat anda.
Kurangkan tetamu, panggil yang wajib-wajib sahaja.
Bersama-sama kita putuskan rangkaian wabak Covid 19.
#KitaJagaKita
Kredit Gambar: Twitter Dr. Zulkifli