Kali ini, kami akan bawakan kepada pengalaman pengantin berkahwin sewaktu PKP ini.

“Aik? Macam mana diorang nikah?”

Ha, mereka nikah onlinelah!

Disebabkan musim-musim PKP ni tidak boleh merentas negeri, Azrin Fazrina Jaffar, 22 tahun teah bernikah secara online pada 22 April 2020 pada jam 10 pagi dengan sidang video.

Sepatutnya, dia bernikah pada 11 April 2020.

Takpalah, perancangan Allah lebih hebat.

Kenapa memilih nikah secara online?

Azrin mengatakan bahawa beliau mempunyai sebab-sebab yang tertentu, bukan saja-saja mahu nikah online.

Antara sebabnya ialah beliau sudah banyak rugi dan borang permohonan nikah itu mempunyai tarikh luput.

Kalau makin lama tangguh, nanti beliau kena mohon semula.

Leceh urusan.

Tambahan pula, suaminya kerja di luar kawasan.

Sementara suami beliau ada, eloklah beliau percepatkan supaya tidak susah kemudian.

Persediaan bernikah sebelum PKP sudah dibuat?

Baju dan segala perkara sudah dipersiapkan.

Namun begitu, beliau terpaksa meminta tolong jiran-jiran terdekat kerana untuk PKP ni sukar untuk mereka bergerak.

Mujur ada jiran yang sudi membantu.

Beliau sudah rugi sangat banyak kerana persiapan yang sudah dilakukan ialah 60%.

Banyak duit habis.

Antara ayat kecaman yang pernah diterima?

Antara ayat kecaman yang diterima oleh beliau ialah:

  • “Malam pertama video call ke?”
  • “Anak nanti download ke?”

Tetapi beliau hanya membuat tidak tahu kepada kecaman-kecaman tersebut.

Buat apa nak kisah kan?

Apa yang beliau lakukan betul, jika ditangguh, pasti akan ada banyak lagi kerugian.

Boleh kongsikan pengalaman melihat anak bernikah secara online?

Ibu bapa beliau menyatakan bahawa suasananya sama sahaja seperti bernikah di masjid.

Cuma tiada kehadiran fizikal pihak lelaki.

Sama sahaja prosedurnya iaitu tok kadi perlu melihat kad pengenalan, tanya kepada bapa pengantin adakah setuju untuk menikahkan anak mereka.

Sama sahaja dan mereka yakin bahawa itu merupakan yang terbaik untuk anak mereka.

Nasihat kepada segelintir masyarakat yang mengecam?

Kepada orang ramai, jangan mudah menghukum orang.

Bagi ibu pengantin perempuan, beliau mengatakan mereka hanya mahu melakukan yang wajib.

Beliau tidak mampu menentukan apa yang difikirkan oleh masyarakat kerana itu hak masing-masing untuk berfikir apa-apa.

Permohonan nikah online merupakan satu usaha JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri bagi memudahkan masyarakat umum dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya.

Sumber: The Malaysian Insight

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles