Apabila anda sudah mempunyai pasangan, tidak kira lah anda sedang bercinta ataupun sudah berkahwin, banyak benda yang boleh buatkan anda insecure.

Dan inilah yang dinamakan ‘The Devil’s Motive’

Syaitan adalah makhluk Allah yang hanya punya satu tujuan iaitu menyesatkan manusia.

Apabila Allah S.W.T. mencipta Adam daripada tanah, Allah memerintahkan semua makhluk-Nya untuk tunduk kepada Adam.

Tetapi Syaitan ini berlagak dan tidak mahu menunduk kerana dia tahu bahawa dia lebih hebat daripada Adam.

Dia juga berjanji kepada Allah S.W.T. yang dia akan membawa anak-anak Adam jauh daripada agama-Nya.

Jadi, apa kaitan Syaitan di dalam hubungan antara manusia dan manusia?

Sepanjang anda berpasangan, pasti ada halangan yang anda hadapi.

Cemburu, emosi tak stabil, gangguan pasangan orang ketiga dan seterusnya.

Syaitan akan melakukan apa sahaja cara untuk mengajak anda untuk sentiasa berfikiran negatif.

Jadi mulanya disini syaitan akan terus menguasai kepala anda untuk terus membuat keputusan yang tidak rasional.

Apa yang perlu dilakukan bila ada seperti suara-suara yang membisik dan menimbulkan rasa benci dan curiga pada pasangan sendiri?

1. Berbincang dengan pasangan.

Jangan simpankan perasaan seperti ini.

Terus beritahu pada pasangan anda tentang apa yang anda rasa.

Ketepikan ego anda dan berbincang dengan tenang agar anda berdua dapat mencari solusinya.

2. Ibadah

Apabila anda sedang marah, cuba ambil udara di luar dan bertenang.

Di waktu seperti ini, syaitan sedang seronok melihat kita menderita dengan bisikan darinya.

Ambil lah wudhu’ dan beristighfar sehingga anda berasa sedikit tenang.

3. Mohon maaf

Teruslah memohon maaf walaupun salah anda hanyalah sekecil butir tanah.

Tak elok pendam lama lama.

Sentiasa biasakan diri memohon maaf dahulu.

Jangan tunggu pasangan anda yang mulakan dulu.

4. Bacaan Yassin

Untuk pasangan yang sudah berkahwin, pada setiap malam jumaat, tetapkan masa untuk membaca Yassin di dalam rumah.

Ini untuk mengelakkan keluarga daripada bisikan Dasim (iblis yang menghancurkan rumah tangga).

Syaitan tidak akan pernah berhenti menghasut dan menyesatkan manusia untuk terus membuat dosa dan menyimpang jauh daripada Allah S.W.T. kerana syaitan inginkan manusia bersama di dalam neraka jahanam mereka.

Jadi kita sebagai manusia, harus sentiasa percaya pada Allah.

Tidak kira apabila kita sedang jatuh tersadung dan sentiasa mempersoalkan mengapa Tuhan melakukan aku sebegini rupa?

Sentiasa letakkan kepercayaan kepada Allah yang Dia sudah pun mengaturkan sebuah jalan yang terbaik untuk anda.

Jika anda masih berasa curiga tentang pasangan anda, berpaling lah semula kepada Allah S.W.T. dan minta petunjuk daripadaNya.

Riwayat daripada Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:

”Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa”

Boleh klik sini untuk panduan bagaimana ingin melakukan solat istikharah.

Kredit Gambar: Hello Sehat

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles