Untuk membina hubungan jangka masa Panjang bukan lah perkara yang mudah,ini kerana setiap hubungan itu pasti ada ujiannya . Lebih-lebih lagi dalam perkahwinan, terdapat masa naik dan turun. Pastikan anda tidak membiarkan pergaduhan atau masalah itu tidak diselesaikan dalam jangka masa lama kerana ia boleh merosakkan hubungan itu sendiri.

Bagi mereka yang sudah berkahwin,sangat penting untuk anda mengambil tahu punca perasaan tu boleh hilang. Ini kerana,pengetahuan ini boleh membantu untuk mengelakkan daripada hubungan itu menjadi hanyut.

Jom tengok apa punca yang boleh menyebabkan pasangan boleh hilang perasaan sayang terhadap anda.

1)Melebihkan orang luar berbanding pasangan

Selepas anda berkahwin, pasangan anda adalah orang yang paling mengetahui apa yang terjadi dan apa yang kita lalui.Apabila hal yang melibatkan antara anda dan pasangan jangan sesekali melibatkan orang lain dalam membuat keputusan . Ini akan membuatkan pasangan anda merasakan anda melebihkan orang lain berbandingnya dalam hubungan anda.

2)Tiada lagi komunikasi dua hala

Apabila salah seorang mula bertindak untuk tidak mengambil tahu atau tidak mengambil serius dalam hal yang perlu dibincangkan. Pasangan anda akan mula rasa hilang perasaan sayang itu sikit demi sikit, kerana dia merasakan anda tidak mengendahkan nya dan tidak memperdulikannya. Apabila komunikasi itu kurang , maka lebih banyak pergaduhan akan berlaku.

3)Tiada lagi layanan mesra

Keperluan suami dan keperluan isteri, sama-sama tidak dijaga. Ini akan membuatkan perasaan sayang itu mula hilang apabila kedua-dua tidak lagi melakukan tanggungjawab masing-masing .Layanan mesra sebagai suami isteri pun mula kurang apabila masing-msing membuat hal sendiri.