Memang menjadi lumrah bagi seorang wanita untuk bercakap banyak, lebih-lebih lagi dengan orang yang dia selesa. Malah kajian menunjukkan bahawa wanita bercakap lebih banyak berbanding lelaki.tetapi, sekiranya seorang wanita memilih untuk berdiam diri, mesti ada benda yang tidak kena dengannya.

Apabila seorang wanita diam, ia boleh membawa banyak makna. Lelaki mesti mengambil perhatian tentang perkara ini, tidak kira sama ada mereka mahu atau tidak. Tambahan pula jika Wanita itu adalah isterinya. Kadang-kadang, pasang dan surut berlaku dalam perjalanan rumah tangga. Untuk mencapai kebahagian, kita mesti sentiasa memperbaiki kelemahan kita dan berusaha untuk mencapainya.

Jadi Ini sebab yang lelaki perlu tahu kenapa perempuan boleh diam secara tiba-tiba supaya dapat mengelakkan perkara ini menjadi pergaduhan dengan pasangan korang.

1)Overthinking bila lelaki buat hal

Perempuan dan overthinking ini sangat tidak boleh dipisahkan dan sangat kerap berfikir secara berlebihan. Mereka akan menjadi senyap apabila mereka terlalu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang difikirkannya. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pasangan sendiri.

2)Merajuk dengan orang yang dia sayang

Apabila mereka memerlukan perhatian dari orang yang disayanginya. Bagi mereka, senyap adalah cara terbaik untuk menyatakan perasaan mereka yang menginginkan kasih sayang dan perhatian dari pasangan.

3)Marah dan bad mood

Mereka akan mula hilang mood dan menjadi senyap secara tiba-tiba sekiranya apa yang mereka rancang tidak berjalan lancar atau sebaliknya. Macam yang anda tahu, sedih bukanlah satu-satunya sebab yang boleh membuatkan perempuan diam.