Lelaki merupakan makhluk tuhan yang sangat susah sangat nak serius. Selalu lelaki cakap perempuan yang complicated tetapi sebenarnya lelaki pun sama je complicated nya. Zaman sekarang ni jarang sangat nak jumpa lelaki yang serius dengan mana-mana hubungan kerana kebanyakan lelaki lepas dah suka dan buat perempuan jatuh cinta, mereka akan mula tidak pasti dengan keputusan yang mereka lakukan dan mereka akhirnya tinggalkan perempuan itu dalam keadaan putus harapan. Kami tak kata semua lelaki begitu tetapi ada juga yang begitu. 

Hal ini demikian kerana lelaki ni dia akan fikir jauh ke hadapan atau dia langsung tak fikir apa-apa tentang masa depan dan pasrah serta redha sahaja menjalani kehidupan. Nah, sebab tu mereka suka buat keputusan mendadak yang kadang-kadang perempuan pun terkejut pasangan mereka berkelakuan demikian.

Oleh itu, girls, hari ini kami bawakan istimewa khas untuk anda tentang macam mana anda mahu lihat lelaki yang dah bersedia nak kahwin. Jom kita tengok!

Perangai Lebih Kepada Bapak-bapak

Perangainya confirm-confirm akan berubah jadi lebih kebapaan daripada keanak-anakan. Kalau sebelum ini dia suka bermain-main dan tidak serius sepanjang masa. Dia akan jadi lebih penyayang dan lebih caring. Selalu kisah pasal anda dan juga keluarga anda. Selalu marah kalau anda buat benda yang entah apa-apa.

Banyak Spend Masa untuk Hubungan

Pasangan anda juga akan lebih banyak spend masa dengan hubungan. Hal ini bermaksud spend masa dengan anda tanpa mengabaikan masa dia dengan keluarga dan kawan-kawannya. Kalau asyik melekat dengan anda dua puluh empat jam tu, lain macam pula kan. Susah pula, lain jadinya tu.

Lebih Bertanggungjawab pada Family, Kerjaya dan Diri

Anda dapat lihat perubahan dalam seorang lelaki daripada seorang yang ditanggung oleh keluarga akan jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk menanggung keluarga, lebih serius dalam kerjaya dan diri sendiri. Dah kurang lepak tidak tentu hala (lepak itu juga perlu ya untuk silaturrahim brotherhood!)

Utamakan Perkara yang Penting

Anda dapat saksikan bahawa pasangan anda akan jadi lebih particular kepada benda-benda yang penting dalam hidup dia macam family, kerja, anda dan kawan-kawan serta sekelilingnya. Dia sudah tidak buang masa lagi untuk buat benda-benda yang tidak berfaedah.

Ajak Anda Kahwin

Ini point paling penting, dia ajak anda kahwin. Kalau tengok dia dah berubah menjadi lebih baik apa semua sekali dia tak ajak anda kahwin, tidak guna juga. Kalau anda terhegeh-hegeh pun nampak macam tak manis kan? Tapi apa salahnya kalau anda bertanya kan?

Itulah lima sifat atau tanda lelaki yang dah bersedia nak kahwin. Semoga bermanfaat!

Kredit Gambar : Weddgaf Studio

tips kumpul duit kahwin

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles