Tanggungjawab seorang suami bukannya semudah tanggugjawab untuk membela kucing atau apa-apa haiwan peliharaan yang lain.
Menjadi seorang suami merupakan komitmen sepenuh hidup yang termaterai sampai akhir hayat.
Besar tanggungjawab seorang lelaki sebab memang tugas lelaki untuk menjadi ketua keluarga bukannya menjadi beban kepada sang isteri.
Di bawah ini kami ada senaraikan perkara-perkara yang lelaki perlu ada kalau nak berkahwin.
1) Ada Rumah Lengkap
Ada rumah lengkap untuk berteduh.
Macam mana rumah lengkap ni?
Rumah lengkap ni ada peti ais, katil dan barang-barang keperluan asas yang lain.
Tak perlu beli pun rumah ni, sewa dahulu pun tidak mengapa.
Jangan tergesa-gesa, buat mana yang anda mampu asalkan anda mampu untuk menanggung isteri anda.
Rumah inilah syurga untuk anda melepaskan lelah bekerja dan bergembira bersama-sama isteri anda.
Kalau syurga anda pun tidak lengkap, macam mana anda nak bergembira?
Biar simple tetapi lengkap keperluan asas, tidak perlu pun yang mahal-mahal.
2) Kereta
Kereta kecil pun jadilah sekarang asalkan boleh bergerak dari titik A ke titik B.
Cukup.
Tidak perlu beli Estima atau Sedan untuk memuaskan kehendak diri sendiri.
Muda-muda ini beli dahulu kereta low specs seperti Axia yang mampu dibayar bulan-bulannya serendah RM270.
Kalau anda merupakan seorang yang mahir bab-bab kereta, anda boleh beli kereta second hand untuk keluarga anda.
“Ala, motor tak boleh ke ha?”.
Anda kena faham, motor tidak sesuai untuk digunakan bergerak dalam semua keadaan.
Kereta memang sudah menjadi keperluan asas sekarang.
Belilah kereta buatan tempatan Malaysia.
3) Agama
Ini sangat penting.
Lelaki kena beragama, beragama tidak semestinya duduk surau 24 jam, hafal 30 juzuk al-Quran atau tasbih setiap masa di tangan.
Cukuplah pengetahuan asas anda tahu dan strong base dia dan anda mampu memimpin isteri anda.
Kalau tahu lebih, bonuslah untuk anda.
Agama ini merupakan asas untuk segala-galanya dan sebagai panduan hidup yang mantap.
4) Kerja Tetap
INI SANGAT PENTING LAGI SATU.
Kerja tetap.
Kalau tiada kerja tetap atau anda bekerja sebagai freelancer di bidang-bidang yang tidak menguntungkan, anda mungkin akan terjebak dalam mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami atau anda tidak boleh berkahwin lagi.
Pastikan anda ada pendapatan bulanan yang mantap supaya masalah kewangan dapat dielakkan.
Jika anda menghadapi masalah kewangan (memanglah akan menghadapi masalah kewangan, tapi kalau takda kerja tetap, lagi banyak risiko untuk ada masalah kewangan), anda mungkin terdedah kepada penceraian.
5) Majlis Simple
Waktu majlis perkahwinan, tak perlu grand-grand.
Persetankan kata-kata makcik bawang.
Asalkan anda buat walimah dan semua orang gembira dengan makanan anda serta berita anda berkahwin tersebar, itu sudah memadai.
Buat yang wajib-wajib sahaja ikut kemampuan.
Kaum lelaki, anda memang merupakan kaum yang mempunyai tanggungjawab sejak lahir sampailah nanti di hujung usia.
Anda memang pemimpin orang perempuan namun awas jika tanggungjawab itu tidak ditunaikan, setiap yang diabaikan itu akan dipersoalkan oleh Allah di Mahsyar nanti.
Renung-renungkan.
Betul itu, sebagai lelaki kita mesti lah merancang perbelanjaan Perkahwinan , sebab selepas berkahwin banyak perlu keluarkan duit, seperti perabot, barang dapur semua kena fikiran,
Belanjalah dengan bijak majlis kita,
Tidak perlu ikut nafsu,
sebab kerana kita kena fikir selepas berkahwin jugak.
Akmal
http://www.kadkahwinvideo.com