Perempuan yang dikatakan makhluk yang paling complicated mempunyai satu ‘badi’ yang pelik kerana ada sahaja barang-barang mereka yang akan hilang.

Bukan akan hilang, memang wajib hilang.

Kalau tak hilang, tak sahlah hidup mereka.

Di sini ada senarai beberapa perkara yang perempuan akan hilang yang perlu kaum lelaki ambil tahu.

Jika bukan anda yang tahu pasal awek atau isteri anda, siapa lagi kan?

Berikut merupakan senarainya:

1. Getah Rambut

Getah rambut ni kalau perempuan beli satu dozen pun, mesti mereka akan hilangkan dalam tempoh masa yang sekejap.

Kepala ada satu sahaja tetapi tak tahulah mengapa mereka selalu hilang getah rambut ni.

2. Pin Tudung

Ini merupakan satu kejadian aneh.

Pin tudung perempuan ni kalau hari ni beli 10 kerongsang, esok pagi boleh jadi tinggal satu kerongsang je.

Satu kerongsang tu lah dia akan pakai sampai satu kerongsang tu hilang.

Kesimpulannya, pantaulah pin-pin tudung mereka tu ada kat mana.

Kadang-kadang dah jatuh bawah sofa, mereka tak mahu ambil semula sebab malas hendak tunduk.

3. Keyakinan

Keyakinan atau confident.

Perempuan ni mudah insecure tau.

Mereka selalu rasa semua orang lagi bagus daripada diorang,

Memang pada mata anda sebagai lelaki, girlfriend atau isteri anda sudah paling sempurna dan cantik.

Tunggu sampai dia nampak gambar artis atau gambar instafamous yang lawa-lawa tu, mahu monyok sahaja muka mereka sampai malam.

4. Hilang Arah Baca Waze

Memang ada kajian yang menyatakan bahawa otak perempuan memang untuk fokus kepada beberapa perkara dalam satu masa.

Jadi, bila dia membaca peta, banyak lagi perkara yang dia timbang-tara.

Sebab itu tak jumpa-jumpa jalannya.

Kalau kita lelaki baca, sekejap je jumpa sebab otak lelaki memang boleh fokus satu kerja dalam satu-satu masa.

5. Mood

Ini terpulang juga.

Tidak semua perempuan begini tetapi kebanyakannya begini.

Senang sangat hilang mood.

Contoh pada jam 9 pagi, elok je dia sembang dengan anda tentang sarapan paginya.

Tu tap pada jam 9:05 pagi tiba-tiba dia marah anda.

Nah, anda kena pandai handle lah kalau pasangan anda begini.

6. Spek

Spek ni kalau duduk atas kepala mereka pun mereka tidak perasan bahkan lagi tanya semua orang di mana spek mereka.

Nampak comel kan?

Tunggulah sampai hari-hari dia tanya kau mana spek dia yang ada atas kepala dia.

Kah!

Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi semua perkara ini agar anda akan gembira pada masa hadapan.

Lindungilah perempuan, jangan sakiti mereka! Tiber.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles