Kehadapan kakanda-kakanda dan adinda-adinda yang single,

Perkara pertama yang ingin kuucapkan ialah tahniah kerana Allah masih lagi memberi ruang dan peluang untuk anda bernafas di atas muka bumiNya dan boleh meluangkan masa yang lebih untuk mengenali diri anda.

Kerana apa?

Kerana anda begitu berharga.

Macam tagline LoReal pula kan?

Jika sebelum ini hati anda pernah dihancurkan, dipatahkan, dikoyak dan dipijak sehingga lebur, biarkan.

Biarkan sakit itu pergi meninggalkan anda.

Selagi anda tidak melepaskan rasa sakit itu, selagi itu ia akan membesar dan menjadi akar di dalam jiwa anda.

Itu tidak bagus.

Tidak sihat untuk kesihatan emosi anda.

Nak balas dendam pada orang yang sudah menyakiti anda? Buat apa?

Balas dendam dengan niat tidak akan menguntungkan anda.

Sikit pun tidak untung.

Tetapi balaslah dendam tanpa niat untuk membalas dendam.

Maksudnya, fokuslah untuk membangunkan diri anda, pasti penghancur hati anda akan merasa kagum dengan diri anda yang mampu berjaya tanpanya.

Kakanda dan adindaku yang berharga,

Mungkin anda akan rasa anda tidak laku, tidak kacak, tidak cantik, tidak kaya, tidak pandai dan segala yang tidak yang buruk.

JANGAN!

Jangan pernah rasa begitu hanya kerana anda single.

Single itu hanya title.

Tiada kaitan dengan diri anda yang tidak sempurna.

Ingat, manusia itu sifatnya memang tidak sempurna dan anda semua ciptaan Allah, ciptaan sebaik-baiknya.

Anda sebenarnya sangat menarik, ingat dalam kepala, anda menarik cuma anda memerlukan mata yang betul untuk lihat anda menarik.

Rasa sunyi tiada pasangan?

Rasa cemburu lihat teman-teman ada pasangan?

Tidak payahlah anda cemburu kerana ada banyak juga pengorbanan yang dilakukan oleh mereka untuk bersama.

Pengorbanan wang, masa dan komitmen.

Banyak tau. Banyak hati nak kena jaga.

Penat nak jaga Sekali penat-penat bercinta, terjaga jodoh orang pula.

Aduh! Parah!

Oleh itu, jangan risau, suatu hari nanti anda akan dipertemukan dengan orang yang betul dan pada masa itu mungkin kewangan anda dan emosi anda sudah sesuai untuk bercinta lagi.

Baca Juga: Kurang Tidur Punca Anda Lambat Dapat Jodoh

Kakandaku dan adindaku yang dirahmati Allah,

Usahlah gusar jika diri tiada berteman.

Apa yang diri ini boleh nasihatkan, build the best version of you.

Fokus dan hadaplah perkara itu sehabis baik yang mungkin.

Contohnya, anda seorang konsultan Mary Kay, fokus sehabis baik untuk naikkan sales.

Bila dah ada duit, cubalah perkara-perkara yang mampu membangunkan anda.

Ingat, be the best version of you and let the rest chase you.

Tenang okay?

Jangan serabut fikir pasal jodoh, semuanya sudah tertulis.

Anda hanya perlu berdoa dan jadi diri sendiri dalam versi yang terbaik.

Tambahan, berbuat baiklah dengan semua orang bak kata Gus Dur,

“Ketika kamu berbuat baik, orang tidak akan bertanya apa _dan apa sukumu” .

Mungkin ada orang yang akan tersangkut dengan kecantikan hati anda. Be good and do good.

Akhir sekali, yang penting sekali, jagalah kesihatan dan diri sendiri.

Utamakan diri anda dulu.

You matter.

Jangan asyik dahulukan dan fikirkan orang lain.

Kebahagiaan diri sendiri amat penting untuk masa hadapan.

Semoga anda semua akan dipertemukan jodoh yang baik.

Yakinlah kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui Sekalian Alam.

Love, Kaklong A.