Rasa cinta sukar dijelaskan atau digambarkan dengan kata-kata. Orang yang jatuh cinta ni akan sentiasa mengalami perubahan emosi. Semuanya akan nampak indah dan menggembirakan. Cinta boleh terjadi kepada remaja, dewasa dan bahkan orang yang sudah berumah tangga. Ini kerana, cinta tidak mengenal usia. Cinta boleh berlaku dalam setiap saat dan dimana jua. Jadi jom kita lihat beberapa tanda yang boleh menunjukkan sama ada korang benar-benar dilamun cinta atau tak.

1)Wujud rasa rindu jika berjauhan

Apabila lama tak nampak atau tak berhubungan melalui telefon dengan si dia, ia akan membangkit perasaan rindu itu. Jadi, bila dah start rindu itu tandanya memang sah anda sudah dilamun cinta.

2)Selalu teringat akan si dia

Manusia diciptakan dengan adanya fikiran dan minda. Jadi apa-apa yang sentiasa terlintas di fikiran kita akan membuatkan kita sentiasa mengigati . Sama seperti apabila kita mula menyukai seseorang, kita akan sentiasa mengingat apa yang sahaja tentang si dia.

3)Wujudnya rasa cemburu

Anda akan mula merasa cemburu apabila si dia berbual atau melayan kehadiran orang lain, walaupun hanyalah kawannya. Anda akan merasakan seperti anda seorang Sahaja yang boleh berbual dengannya.

4)Selasa apabila berbual dengannya

Apabila anda berasa selesa berbual dengan seseorang, itu menunjukkan bahawa anda sedang dilamun cinta. Anda akan mendapati bahawa semua perkara yang dibualkan itu menarik dan selesa untuk anda.