Best kan bila seseorang itu cinta dan perasaannya diterima dengan baik oleh lelaki atau wanita yang disukai. Tapi berbeza pulak dengan orang yang kurang bernasib baik yang cintanya bertepuk sebelah tangan sahaja, pasti kecewa dan gundah gulana hanya Tuhan je yang tahu.

Bagi sesetengah orang, ia mungkin menyakitkan untuk bertepuk sebelah tangan dan menyembunyikan perasaan mereka. Ingat ya, walaupun anda mencintai si dia dengan sepenuh hati dan menunjukkan effort yang terbaik, namun sekiranya si dia tidak suka maka cinta anda tidak akan dibalas. Sebenarnya tanda-tanda bertepuk sebelah tangan boleh dilihat dengan sikap dan layanan si dia terhadap anda.

1)Menjauhkan diri daripada anda

Apabila seseorang cuba menjauhkan diri daripada anda, itulah tanda cinta bertepuk sebelah tangan. Anda sudah cuba mengambil hatinya, tetapi dia terus menolak dan cuba mengelak daripada berjumpa dengan anda.

2)Banyak syarat untuk kriteria pasangan

Terlalu banyak perkara yang disyaratkan oleh pasangan yang diingini juga menunjukkan bahawa dia tidak menyukai anda. Meletakkan syarat adalah perkara biasa, tetapi memaksa bakal pasangan anda dengan syarat yang tidak munasabah menunjukkan bahawa dia sudah menolak lamaran anda.

3)Mengambil kesempatan

Tanda cinta bertepuk sebelah tangan yang terakhir ialah apabila si dia mengambil kesempatan terhadap diri anda, itulah tanda cinta bertepuk sebelah tangan. Dia tidak pernah suka atau berminat dengan anda. Walau bagaimanapun, anda adalah orang pertama yang akan dicari apabila dia menghadapi kesukaran, seperti memerlukan bantuan kewangan.