Dalam dunia ni, ada banyak jenis lelaki. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang caring, ada yang baran dan macam-macam lagi. Sejujurnya, sebagai seorang Perempuan kita mestilah nakkan lelaki yang terbaik untuk kita. Untuk kita mengetahui jenis lelaki itu macam mana, kita mestilah mengenali terlebih dahulu dan semuanya bermula dari kawan.

Jadi macam mana kita nak tahu, kalau seorang lelaki itu serius untuk berkawan dengan kita?. Kita mesti melihat cara layanan lelaki itu, cara layanannya akan mula berbeza jika si dia sudah selesa dengan kita.

Jom kita tengok apa tanda-tanda yang seorang lelaki itu sudah selesa dan mula ada perasaan terhadap kita.

1) Selalu mesej bertanya khabar

Perhatian adalah salah satu tanda lelaki suka dan selesa dengan kita. Sekiranya dia kerap menghantar mesej yang membuatkan anda tersenyum, ketahuilah bahawa dia mempunyai perasaan terhadap anda, dan adalah baik untuk anda menghargai perasaan itu.

2) Dia Kongsikan Benda Yang Dia Minat Dengan Kita

Apabila mereka mula berkongsi minat mereka dengan kita. Misalnya, mereka mungkin mengajak anda untuk berjalan-jalan, menonton filem bersama, atau mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi yang serupa.

3) Dia Selalu Mencari Alasan untuk Mendekati Kita

Mereka akan berusaha untuk membuat kenangan Bersama. Tetapi lelaki kalau dah selesa, dia akan sentiasa bagi alasan untuk tidak menghabiskan masa Bersama. Senang saja nak kenalpasti tanda lelaki selesa kat kita.

4) Dia Ingat dan Perhati Detail Kecil Tentang Pasangan

Apabila mereka memperhatikan perkara kecil dalam hubungan mereka. Walaupun mereka mungkin tidak menunjukkan perasaan mereka secara terbuka, mereka akan melakukan perkara yang menyenangkan untuk menunjukkan rasa sayang mereka.