Tawar hati kepada pasangan ialah satu perasaan yang tidak berkemahuan lagi untuk bersama, bertindak untuk tidak mempedulikan, tidak mahu mengambil tahu sehinggakan hanya mengikut sahaja (flow) dan membiarkan saja apa yang ingin berlaku dalam hubungan.

Satu punca masalah yang paling penting ialah tahap tawar hati dalam perhubungan. Jika anda sedang dalam hubungan berkahwin atau tidak, tanda-tanda yang menunjukkan bahawa pasangan anda sudah tawar hati adalah sesuatu yang perlu diambil serius.

Dalam satu hubungan, kedua- dua pihak perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing. sekiranya hanya sebelah pihak saja yang berusaha, maka hubungan itu tidak akan kekal lama dan tawar hati mula muncul. Jadi, jom tengok macam mana nak tahu tanda sama ada pasangan korang dah tawar hati atau mungkin akan tawar hati.

1. Layanan

Pada mulanya, korang akan nampak effort pasangan untuk mendapatkan korang. Tapi lama kelamaan bila pasangan dah mula tawar hati, mereka akan mula layan korang nak tak nak. Korang akan mula rasa pasangan korang dah berubah dari segi layanan. Kalau dulu pasangan korang selalu memuji, selalu mengada, selalu rindu tapi sekarang tak ada lagi.

2. Cepat Bosan

Pasangan lebih cenderung untuk menjauhkan diri dan mula bosan berbual dengan korang apabila dia tawar hati. Dia akan mula bagi alasan untuk mengelak daripada bercakap dengan korang dan tidak lagi teruja dengan panggilan atau mesej dari korang.

3. Bahasa Tubuh

Seseorang yang sudah hilang minat pada kita akan mula menunjukkan bahasa tubuh seperti suka berpeluk tubuh, mengelakkan eye contact dan berpaling arah ke tempat lain serta suka mengelak daripada dekat dengan kita.