Korangggggggggggggggg, siapa tak terkejut kalau tiba tiba crush zaman sekolah dulu cari korang balik! bayangkan korang dah happy dengan life korang yang sekarang ni tiba tiba crush yang pernah reject korang berkali kali dulu masa zaman sekolah follow korang dekat instagram, lepastu dia DM korang cakap “hi” ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH aduhmakkkkkkkk! apa nak buat ni kan? kalau dia tanya benda baik baik tanya khabar korang layan jela okay, kalau korang rasa tak selesa takpayah lah layan ya?
Dulu masa sekolah i ada suka dekat sorang mamat ni, tinggi, kurus, hidung mancung arghhhhh tapi malangnya dia dah ada girlfriend masatu, i pun tengok jelah dia dari jauh, dah lah dulu masa sekolah rendah i sama kelas dengan dia, haih melting hari hari dalam class, tapi dalam class hari hari sakit hati jugak sebab dia ada girlfriend, girlfriend dia duduk sebelah i dalam class hahaha, aduhhhh kelakar betul bila ingat zaman sekolah rendah. Tapi i serious tak sangka mamat macam dia yang handsome lepastu pandai tiba tiba approach i semula erghhhhhhhhhhh, kenapa sekarang you baru nampakk i, WHYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY?
Kalau ingat semula zaman sekolah rendah ni banyak benda lawak hahahaha, korang i sumpah tak tahu nak rasa apa sekarang ni, i macam tak sampai hati nak kasar kasar marah marah sebab dia datang dengan cara yang baik baik, i doakan semoga dia berjaya dan sihat selalu. I kena focus dengan life i sekarang dan bersyukur dengan apa yang i dah ada, dan itu lebih baik. Masa sekarang ni lah perasaan kita diuji, untuk layan perasaan tu atau terus focus dengan apa yang kita buat sekarang, i gembira akhirnya sebab dia nampak pun kewujudan i, walaupun amik masa yang terlalu lama hahahahahaha dan i harap kami berdua boleh jadi kawan yang baik antara satu sama lain.
Korang ada tak crush korang cari korang? mesti korang akan ada mix feeling bila crush korang yang dulu cari korang sekarang, apa apa pun, kalau orang datang cara baik, kita buat cara baik, Itu sahaja untuk minggu nii, kita jumpa minggu depan, byeeeee.