Seperti yang diketahui umum, perkahwinan adalah sesuatu yang indah.Setiap pasangan mesti melalui beberapa proses sebelum mereka boleh berkahwin. Antara proses yang dimaksudkan termasuklah apabila perlu berjumpa dengan bakal keluarga mertua. Dalam hal ini tidak kira lelaki atau perempuan, bertemu dengan bakal keluarga adalah yang paling ditakuti dan mendebarkan.

Oleh itu, untuk memastikan kebahagiaan yang berkekalan, perlu ada cara dan tindakan yang teratur. Selain itu, adalah penting untuk meminta restu daripada keluarga mentua untuk membenarkan kedua-dua pihak menjalin kemesraan sebelum dan selepas pasangan berkahwin. Oleh itu, mengambil hati bakal mertua anda adalah perkara yang paling penting semasa pertemuan ini, lebih – lebih lagi jika ianya adalah kali pertama.

Sekiranya anda ingin berjumpa dengan keluarga bakal mertua anda pada masa hadapan, ini adalah beberapa tips yang digunakan oleh bakal pengantin yang boleh membantu anda mengelakkan rasa gugup atau janggal semasa pertemuan dengan bakal metua.

1) Rancang Pertemuan

Membuat temujanji atau mengatur temu janji dengan keluarga mentua adalah penting. kerana masa yang dipilih akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan. Sebaik-baiknya jangan pergi ke pertemuan secara mengejut. Pilih tarikh untuk berkumpul, seperti hari raya, majlis perkahwinan saudara, dan sebagainya. Kalau nervous, jumpa waktu petang untuk sesi hi-tea adalah yang terbaik.

2) Pakaian Sopan

Adalah penting untuk memakai pakaian yang kemas dan sopan supaya anda tidak menjejaskan reputasi diri anda dan membina hubungan yang baik dengan bakal mentua anda. Pakaian ketat tidak digalakkan untuk wanita. Pilih pakaian sopan dan sesuai dengan keselesaan masing-masing. Baju kurung adalah antara pilihan terbaik. Bagi lelaki, jangan lupa potong misai dan janggut. Pilih pakaian yang lebih santai, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda.

3) Pandai Bersembang Dan Mesra

Bila dah sampai rumah bakal mertua, janganlah senyum sahaja dari awal sampai balik. Gurau-gurau sikit dan buat aktivitu aktiviti bersama keluarganya untuk merapatkan lagi hubungan Bersama bakal mertua . Ini juga termasuk kaedah untuk mengurangkan gugup. Elakkan bercakap tentang perkara sensitif seperti politik dan jangan cakap tentang kehebatan diri anda. Ketika berbual dengan mereka, sentiasa menjadi pendengar terbaik.

4) Ringan Tulang

Bagi Perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua dengan perkara seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan, dan sebagainya. Ini kerana, bakal mentua akan menilai anda berdasarkan kemahiran komunikasi dan memasak serta kebolehan sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.. Waktu inilah masa yang tepat untuk anda kenal bakal mak mertua dengan lebih rapat.

5) Ada Pengetahuan Agama

Ilmu pengetahuan tentang agama adalah penting kerana ianya asas kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama membantu keluarga dan pasangan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Selain itu, ianya akan menjadi panduan kepada anak- anak yang akan lahir kelak.

Terutamanya yang lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh doa makan, korang ternganga pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.So, bersedia ya!