Riadah sangat diperlukan untuk memastikan badan anda berada dalam keadaan sihat.

Beriadah tidak semestinya bersukan.

Ada sahaja aktiviti-aktiviti lain yang membolehkan anda berpeluh bersama-sama pasangan anda.

Selain dapat badan yang sihat, anda juga boleh mengeratkan hubungan dengan pasangan anda.

1) Jogging atau Brisk Walk

Ini merupakan aktiviti paling common yang boleh dilakukan.

Hal ini demikian kerana aktiviti ini tidak memerlukan alatan atau tempat yang spesifik.

Apa yang ada perlukan cuma kasut dan juga ruang untuk berjogging atau brisk walk.

“Aduh, mana pulak nak cari kasut?”.

Anda boleh beli kasut-kasut sukan yang berkualiti di JD Sport.

Selalunya jenama yang ditawarkan dalam JD Sport ialah Adidas dan Nike.

Memang trendy bukan?

Anda boleh pergi ke website mereka akan terus walk in sahaja ke mana-mana butik mereka.

Antara butik yang ada ialah di IOI City Mall.

Belilah kasut yang bersesuaian dengan arch kaki anda supaya anda boleh bersukan dengan selesa.

2) Hiking

Mendakit bukit atau gunung juga merupakan satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama-sama pasangan anda.

Anda boleh cuba dahulu dengan mendaki bukit.

Tapi pastikan bukit yang anda daki itu anda ikut prosedur yang ditetapkan.

Antara bukit yang boleh didaki ialah Bukit Broga, Bukit Gasing, Bukit Putih dan KL Eco Forest Park.

Anda boleh mendapatkan kelengkapan mendaki seperti hiking stick, kasut hiking, topi, beg dan sebagainya di Decathlon.

Banyak barang-barang hiking yang berkualiti dijual di Decathlon.

Antara store Decathlon yang boleh didapati ialah Decathlon USJ, Decathlon Old Klang dan Decathlon Petaling Jaya.

3) Main Badminton , Tennis atau Ping Pong

Sukan-sukan ini merupakan sukan-sukan mesra PKP kerana mengamalkan jarak sosial yang sangat jauh iaitu sukan menggunakan raket atau sukan jaring.

Mesti menarik untuk bermain sukan-sukan ini bersama-sama pasangan anda sebab jarangkan dapat bersaing begini dengan pasangan?

Raket-raket ini anda boleh peroleh di Sport Direct mana-mana cawangan.

Sport Direct ada banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Alat-alat sukan bertali sangat berkualiti jika dijual dari Sport Direct.

4) Berenang

Berenang juga anda boleh lakukan bersama-sama pasangan anda.

Tahukah anda berenang selama sejam mampu untuk membakar sehingga 500 kalori.

Wow! Menarik ni.

Anda juga boleh membeli alatan berenang seperti baju rendang dan goggle di Sport Direct.

Anda juga boleh memesan barang menggunakan atas talian kerana Sport Direct juga menawarkan pembelian atas talian.

Jadi, tidak perlu untuk pergi ke cawangan Sport Direct.

5) Gymnasium

Anda juga boleh bermain-main dengan pasangan anda di gymnasium mahupun studio.

Kalau di gymnasium, anda boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada.

Kalau di studio, anda boleh mengikuti kelas-kelas yang ditawarkan oleh pusat kesihatan yang anda pergi.

Untuk pergi ke kawasan-kawasan ini, anda perlu ada training shoes.

Training shoes ini sangat lembut permukaan bawah dia untuk sesuai dengan permukaan rata.

Oleh itu, anda bolehlah dapatkan kasut-kasut ini dari Al-Ikhsan.

Al-Ikhsan menawarkan pelbagai training shoes dari pelbagai jenama.

Cuma perlu pilih dan bayar sahaja.

Jadi, ayuhlah beriadah bersama-sama pasangan anda.

Kalau pasangan anda jenis tidak minat, cubalah dulu dengan aktiviti berintensiti rendah dahulu.

Selamat mencuba!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles