Teman wanita anda asyik marah anda sahaja? Muka dia monyok sahaja hari ini? Anda sudah terkena satu jelingan maut teman wanita anda? Tenang saudara-saudara sekalian. Jangan gentar dengan semua itu. Pantang lelaki berundur sebelum berjuang! Oleh itu, untuk mengelakkan anda terkena serangan-serangan ninja girlfriend anda, anda kena kenal dulu tanda-tanda girlfriend anda sedang stress.
1. Tidak Boleh Fokus
Sikit-sikit teralih fokusnya. Anda sedang bercakap dengannya di telefon tentang serunding daging tetapi dia pula bercakap tentang serunding ayam. Sudah, nampak sangat ada benda yang tidak selesai yang sedang difikirkan dalam kotak fikirannya.
2. Fikirannya Jadi Blank
Anda sedang bercakap dengannya, tiba-tiba dia macam tak boleh jawab apa yang anda tanya sedangkan dia merupakan seorang yang ceria. Tiba-tiba dia banyak kali blank tidak faham apa-apa yang anda katakan.
3. Muka Break Out
Punca utama muka break out bagi perempuan ada tiga. Haid, salah guna skincare dan stress. Anda jangan anggap muka dia break out sahaja bermaksud dia stress dan JANGAN TEGUR MUKA DIA BREAK OUT. Diam je dan layan je dia macam biasa.
4. Mood Swing
Perkara inilah merupakan perkara yang sangat susah. Bila girlfriend anda stress, lazimnya dia akan mood swing. Pada jam 10.30 pagi, dia sangat seronok cerita pada anda tentang sarapan paginya yang menarik. Tiba-tiba pada jam 10.32 pagi, dia marah anda sebab balas mesej dia lambat.
5. Kurang Selera
“Sayang tak nak makanlah. Tak lapar.” . Penyataan ini sangat pelik ya bagi perempuan yang suka makan. Bila dia cakap dia tidak lapar, ada sesuatu yang sangat tidak kena melainkan dia sedang diet, jangan anda pergi paksa pula dia makan. Lagi mengamuk girlfriend anda nanti.
6. Kitaran Haid Tidak Tentu
Kitaran haid dia tidak tentu. Selalunya (bukan semua) girlfriend akan beritahu boyfriend mereka tentang tarikh period supaya anda yang lelaki ini boleh bersedia dengan segala PMS. Bila dia beritau yang haid dia tidak menentu, adan dua kemungkinan, pertama dia stress. Kedua dia sakit. Anda bolehlah tolong girlfriend anda apa yang anda mampu kalau dia stress atau sakit.
7. Berat Naik
Berat naik walaupun diet masih terjaga dan sentiasa bersenam. Tahukah anda bahawa hormone endorphin sangat berperanan besar dalam kehidupan seseorang. Kalau girlfriend anda mengadu berat dia naik tapi dia jaga diet dan rutin senaman, sedarlah anda bahawa dia sedang kekurangn hormone endorphin dan work out serta diet dia memang tidak menjadi.
8. Mimpi Pelik
Girlfriend anda akan bermimpi benda-benda pelik. Kucing makan nagalah, anjing kejar tikuslah. Mimpi ini mainan tidur. Oleh itu, bila dia mula mimpi yang aneh-aneh. Cuba tenangkan dia dan alih perhatian dia.
9. Mata Berpinar-pinar
Mata dia akan rasa berpinar-pinar (perasaan sama bila lepas tengok skrin komputer lama-lama) walaupun tidak menghadap skrin komputer lama-lama. Kalau dia rasa macam itu, minta dia bertenang dan pejamkan mata buat seketika dan buka semula. Kalau dia tidak buka semula tu, maksudnya dia bukan stress, dia mengantuk!
10. Rambut Gugur
Rambut gugur teruk sangat sedangkan dia jaranglah ada masalah keguguran rambut. Banyak sangat stress yang menekan di kepala sampai habis gugur rambut sebab tidak sanggup melihat stress di dalam otaknya. Hahaha. Bergurau sahaja. Perempuan bila stress memang selalulah rambut gugur.
Bila anda dah tahu girlfriend anda stress, janganlah anda pergi buat lawak bodoh depan dia. Kita lelaki kena macho sikit. Kena faham sikit perempuan ni. Bagi ruang jika mereka tidak mahu diganggu. Yang penting, jangan paksa dia untuk cerita stress dia tau.