Seperti yang semua orang tahu, suami merupakan ketua keluarga yang berperanan untuk melindungi, menjaga, membimbing dan macam-macam lagi dalam rumah tangga.

Tanggungjawab seorang suami sangatlah besar sampai kalau isteri nak keluar pun kena minta izin suami.

“Takkanlah semua benda kena minta izin suami? Tak bebaslah saya.”

Jangan lawan undang-undang Islam.

Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah an-Nisa’ ayat ke-34 yang bermaksud “… Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan ( jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian, jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Memang isteri kena taat pada perintah suami.

Sampai hal nak keluar rumah pun kena minta izin suami.

Kalau keluar rumah tanpa izin suami nanti digelar nusyuz.

Nusyuz? Anda pernah dengar perkataan ini?

Nusyuz bermaksud derhaka.

Ya, kalau keluar rumah tapi suami tak izin, itu digelar derhaka.

Sebab tu orang cakap, orang perempuan ni senang masuk syurga tapi senang juga masuk neraka. Isteri memang kena taat perintah suami.

TAPI

Ada beberapa perkara yang membolehkan isteri keluar rumah TANPA izin suami iaitu didera oleh suami yang suka tengok isteri terseksa dan merana.

“Ish, suami saya sayang je kat saya. Takkanlah dia nak dera saya?”

Ya, memang hari ini anda lihat dia baik dengan anda tapi esok-esok siapa tahu?

Tidak mengapa, ambil sahaja perkara ini sebagai ilmu rumah tangga.

Seorang isteri boleh keluar tanpa izin suami walaupun si suami asyik mengugut “Ha, karang jatuh nusyuz kalau kau blah” sambil memukul dan mendera isteri dari segi mental, fizikal dan emosi.

Ini untuk menyelamatkan diri!

You matter!

Macam mana nak buat jika isteri didera?

Lari, ya lari sebab anda kena selamatkan diri anda.

Jangan tunggu sampai separuh mati baru mahu lari.

Seterusnya, anda perlu pergi minta tolong daripada keluarga atau rakan tapi sebaiknya keluarga atau ke tempat yang tidak menimbulkan fitnah.

Jangan pergi lari ke hotel atau resort ke apa ke, takut timbul fitnah.

Seterusnya, buat laporan polis. Ini untuk kalau pada masa akan datang anda didera sekali lagi, anda boleh mengadu kepada Inspektor yang bertugas (selalunya akan ada pada laporan yang anda buat) dan suami anda boleh ditangkap.

Perbuatan keluar rumah jika didera tidak memerlukan izin suami dan tidak dijatuhkan nusyuz.

Semoga anda semua dilindungi daripada keganasan rumah tangga dan jika anda sedang tersangkut dalam kekalutan itu, keluarlah segera untuk memohon bantuan.

Wallahualam.