Pada zaman millennium ini, ada suami yang mengeluh di media sosial dan mengatakan bahawa isteri mereka derhaka kerana tidak mampu buat semua kerja rumah termasuklah untuk keluarga mentua dan asyik meminta wang dapur.

Lebih menyedihkan apabila isterinya melahirkan anak dan lelaki tersebut ambil anak mereka dan merujuk perkara ini ke pejabat agama.

Aduhai, sudah jatuh ditimpa tangga nasib si isteri tersebut!

Lelaki ini sebenarnya bukan seorang suami yang bertanggungjawab dan isterinya sudah menjadi mangsa rumah tangga.

Semua lelaki sepatutnya faham sebetul-betulnya tugas sebenar seorang isteri bukannya sebagai pembantu rumah atau hamba abdi yang boleh disuruh buat itu dan ini.

Perkahwinan ni untuk melengkapi antara satu sama lain bukan hanya untuk kepentingan diri.

Sepatutnya suami yang kena kemas rumah, memasak dan sebagainya kerana itu memang tanggungjawab suami.

“tapi saya tengok semua kerja-kerja ni perempuan sahaja yang buat? Gelilah kalau lelaki nak buat.”

Nah, inilah satu perkara yang pelik tetapi dinormalisasikan dalam masyarakat kita masa kini.

Orang perempuan harus buat kerja rumah semuanya tetapi orang lelaki?

Duduk goyang kaki tidak melakukan apa-apa.

Alhamdulillah dan syukur jika dalam keluarga anda, perkara ini tidak dinormalisasikan.

“Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Surah An Nisa : 34.

Dalam konteks ayat di atas, jelas menunjukkan lelaki atau sang suami yang harus menyediakan segala-gala.

TETAPI sang isteri boleh membantu untuk membuat kerja rumah, sara ekonomi keluarga dan sebagainya atas dasar ihsannya sendiri.

Jika dia tidak mahu, dia tidak berdosa kerana itu bukan tanggungjawabnya.

Berbalik kepada kes suami cakap isteri derhaka sebab tidak buat kerja rumah dan siap bawa ke pejabat agama.

Tindakannya sangat tidak relevan dan sudah pasti dia tidak boleh memenangi apa-apa dalam kes tersebut kerana dia bukan berada dalam pihak yang benar.

Oleh itu kepada lelaki di luar sana, janganlah anggap isteri-isteri anda ini sebagai hamba abdi yang anda boleh arah sesuka hati sahaja.

Sedarlah bahawa mereka sebenarnya merupakan permaisuri rumah, bukannya pembantu rumah.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles