Alamak, kawan baik nak kahwin dah ni tapi keliru lah nak bagi apa untuk kawan sendiri!

Rasa macam diorang dah dapat semua benda!

Macam mana kalau terbagi benda yang sama orang lain bagi?

Aduh, kawan yang nak kahwin, kita pula yang keliru.

Macam mana ni?

Tak apa, jangan risau lah.

Pengantin baru selalunya tak berapa kisah dengan barang apa yang anda beri.

Selagi ianya boleh digunakan, mereka dah bersyukur.

Tapi, still, apa hadiah yang sesuai boleh diberikan kepada pengantin?

1. Peralatan Makanan dan Memasak

Bagi pengantin baru, mereka amat memerlukan dua peralatan ini kerana mereka menggunakan kedua-dua peralatan ini dalam daily-life mereka.

2. Set tilam

Tidaklah anda beri satu tilam terus.

Kalau ye pun… anda boleh berikan set sarung tilam.

Dan ini boleh juga termasuk sekali dengan comforter.

Kalau anda mahu berikan bantal pun boleh.

Ramai diantara kita suka tukar sarung tilam setiap minggu.

3. Set pinggan dan mangkuk

Ini adalah salah satu typical hadiah tapi tak mengapa.

Set ini lah sentiasa dihargai kerana mereka suka melihat banyak pinggan di rak pinggan walaupun pada tahun awal hanyalah mereka berdua yang tinggal di rumah itu.

Lagipun, mungkin keluarga mereka mahu menziarahi mereka jadi pinggan yang banyak sangat membantu mereka untuk menjamu keluarga mereka!

4. Bekas Rempah Ratus

Mesti anda membaca yang ni macam haa?

Bekas rempah ratus pun boleh dijadikan hadiah ke?

Mestilah boleh!

Si tukang masak mestilah rasa macam ‘wah kemas ye bila ada bekas rempah ratus lawa ni. Ni kawan aku yang bagi.’

5. Pakaian

Kalau anda dalam low budget, boleh berikan set baju couple ataupun kain batik dan kain pelikat.

Anda juga boleh berikan telekung takpun kurta kepada mereka.

6. Barang hiasan

Tapi ok ke kalau bagi bagi pokok tipu ke?

Frame ke? Tempat gantung kunci ke?

Boleh ke eh? Mestilah boleh!

Mereka boleh hias rumah mereka dengan hadiah yang anda berikan!

Sudah tercipta satu memori!

Banyak lagi yang boleh diberikan kepada pengantin.

Mereka tak berapa nak kisah kalau barang yang diberikan oleh anda tu orang lain dah bagi.

Tapi selalu je kita dengar kana da kawan-kawan yang bagi hadiah yang agak rare/lucu macam:

  1. Tong gas
  2. Beras
  3. Barang baby
  4. Barang dapur (kicap, garam, gula, kopi 3in1, sabun cuci pinggan etc)
  5. Pregnancy test/Kondom

Dan banyak lagi!

Kawan-kawan kita ini lah yang kita sentiasa ingat walaupun selepas berkahwin kita jarang jumpa.

Ciptakan lah memori yang paling terindah sebelum mereka sudah sah menjadi pasangan suami dan isteri!

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles