PlayStation 5 telah dikeluarkan pada 11 Jun 2020 yang menjadikan ramai kaki game sama ada lelaki dan perempuan di luar sana tidak boleh duduk diam, hendak ke store Sony dan beli alat ini.

Rata-rata netizen kecoh nak beli PS5 yang mahal ini sebab ada ini merupakan model yang paling latest!

Seronoklah nak main game.

Rata-rata netizen yang selalunya kaum suami yang nak beli PS5 ini takut untuk beli kerana takut isteri marah.

Bahkan ada juga yang membuat jenaka dengan mengedit gambar PS5 sebagai model baharu daripada penyaman udara Cuckoo atau pun alat-alat elektronik rumah yang lain semata-mata untuk mengaburi mata si isteri.

Berdekah semua ketawa!

“Aku nak beli PS5 ni, cemana eh taknak bagi bini aku mengamuk?”

Oleh itu, siapa yang rasa isteri dia akan marah, anda boleh ikuti tips yang akan kami bawakan khas untuk menyelamatkan telinga dan tubuh badan anda daripada tercedera daripada pos beli PS5.

Kami doakan anda sentiasa selamat.

Pertama sekali, anda kena tahu bahawa marah ini ada banyak faktor. Sama ada:

  • Anda memang bermasalah
  • Isteri sedang moody
  • Isteri sedang lapar

Haaa, ingat lapar tak memainkan kesan marah ke?

Lapar mampu buat orang naik hantu sampai teruk tau!

Baiklah seterusnya, anda boleh buat taktik perbincangan di meja makan.

Apabila anda dan isteri serta anak-anak (kalau dah ada) sudah duduk di meja, biarkan mereka makan dalam tiga ke empat suap.

Lagi mantul kalau anda masakkan makanan kegemaran isteri anda.

Nampak macam da dah happy dengan masakan itu, baru anda buka mulut cakap anda nak beli PS5 atau dah beli PS5.

Pasti isteri anda akan angkat muka. Kemudian, senyum dan sambung alasan anda.

Antara alasan yang anda boleh guna:

  • “Nanti kalau PKP lagi takdalah bosan kita anak beranak. Boleh kita main PS5 sama-sama.”
  • “Nanti abang takda dah nak lepak dengan kawan-kawan kat mamak. Main PS5 je.”
  • “ PS5 ni ada game educational juga, ayang boleh juga main, bukan abang sorang je main.”
  • “Nanti abang belikan ayang tudung/ barang kemas/ baju baru ya?”

Nah, cakap tanpa bagi dia ruang untuk mencelah.

Inshaa allah dia akan okay sebab mood dia tengah okay.

Oleh sebab itu, banyak syarikat atau mana-mana meeting akan buat makan-makan lepas meeting sebab lepas meeting semua orang akan okay balik dan boleh cakap macam biasa.

Lagi-lagi di meja makan.

Anda bolehlah cuba taktik ini. Selamat mencuba!