Perancangan keluarga boleh meningkatkan kesihatan si ibu juga mengurangkan risiko yang tidak diingin buat ibu dan si anak sewaktu bersalin.

 Perancangan keluarga adalah penting dalam masa ekonomi kita sekarang ini.

Ia adalah salah satu cara untuk membina sebuah keluarga yang sihat dan juga stabil.

Perancangan keluarga adalah digalakkan untuk menjarakkan umur anak-anak supaya si ibu boleh pulih seeloknya.

Dan setiap pasangan pasti sudah merancang bilangan anak yang mereka mahukan.

Ada banyak hujahan yang berlaku apabila topik ini muncul.

Salah satunya adakah ianya dibenarkan di dalam Islam?

Islam adalah agama yang sangat fleksibel dengan apa yang berlaku di dunia.

Daripada perspektif Islam, Mufti Wilayah Persekutuan ada membincangkan secara terperinci perbezaan tanzim al-nasal(perancangan keluarga) dan juga tahdid al-nasal(membataskan anak).

Tanzim al-nasal adalah usaha untuk menjarakkan umur anak dengan menggunakan kaedah yang dibenarkan.

Tetapi dengan beberapa syarat yang diharuskan iaitu:

  • Perlulah bersifat iktikad (yakin) jika Allah ingin mengurniakan anak kepada anda juga dan wajiblah anda untuk menjaga kandungan itu sehingga sihat.
  • Tidak mendatangkan kesusahan buat pasangan terutamanya buat si isteri.
  • Hanya dilakukan setelah ada persetujuan suami dan juga isteri.
Sebuah video dari Bajiwoa Studio tentang perancangan keluarga.

Ada beberapa cara untuk mencegah kehamilan:

1. Kitaran haid

Pasangan suami dan isteri perlu tahu bilakah waktu subur dan waktu yang tidak.

2. Kondom

Ini adalah satu cara yang agak mudah tanpa perlu menyuntik ataupun memakan pil.

3. Pil

Pil ini dikenali sebagai pil progestin dan ianya berkesan 99% namun anda perlu mengambilnya setiap hari pada waktu yang sama.

Manakala tahdid al-nasal adalah kaedah yang melibatkan pemandulan secara kekal dan juga melakukan pengguran.

Ini adalah haram sama sekali kerana secara langsung telah mengubah ciptaan Allah.

Pengecualian diberikan jika ianya melibatkan masalah kesihatan ataupun merisikokan kesihatan wanita sehingga boleh menyebabkan kematian.

Imam al-Ghazzali ada berpendapat yang menggugurkan kandungan adalah haram mutlak.

Tetapi melakukan azal (ejakulasi luar rahim) adalah harus dengan beberapa niat syarie seperti faktor ekonomi dan kesihatan isteri.

Perancangan keluarga tidak boleh dibebani kepada isteri sahaja.

Suami juga memainkan peranan sangat penting di dalam hal ini kerana hubungan yang sihat antara suami dan isteri adalah persetujuan dan nasihat daripada kedua-dua pihak untuk membina sebuah keluarga yang stabil.

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles