Sudah menjadi norma kebiasaan apabila kita mendapat soalan-soalan berkaitan jodoh ataupun bila akan berlangsungnya perkahwinan dan sebagainya. Lagi lagi apabila abang atau kakak kita sudah mempunyai pasangan sah masing-masing maka muncul lah soalan cepumas daripada makcik saudara kita! Apakah soalan-soalan yang sentiasa ditanya?
1. Dah berpunya ke?
Apabila anda ditanyakan soalan ni anda pun hanya mampu memberikan ketawa kecil sahaja. Yang dah berpunya, boleh lah senyum sampai ke telinga. Yang tidak berpunya pula? Mungkin boleh membalas dengan “Doakan jodoh saya yang baik-baik sahaja ya,”
2. Bila giliran awak pula?
Soalan yang lazim ditanyakan bila anda menghadiri majlis kahwin kawan baik anda atau sewaktu majlis kahwin abang atau kakak anda sedang berlangsung. Tidak perlu rasa geram dengan soalan ini kerana ini hanyalah pembuka perbualan antara anda dengan orang yang lebih tua.
3. Dah ada simpanan ke untuk kahwin?
Anda akan mendapat soalan ini apabila anda menjawab dengan serius yang anda bakal berkahwin tidak lama lagi. Usah gentar, bukan mereka mahu menyibuk. Setiap manusia ada perasaan ingin tahu tentang apa perancangan kita seterusnya. Cukuplah kita menjawab secara ringkas dan padat.
4. Kamu ni single lagi ke? Berkenan tak dengan anak makcik?
Soalan ni jarang sekali dapat tetapi selalunya ditanya apabila mereka hanya mahu bergurau kosong. Anda pun terima je lah dengan ajak-ajak kosong saje…. tetapi bagaimana pula kalau makcik itu sebenarnya sedang serius? Alamak, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata…. terima sahajalah. Mungkin itu sebenarnya memang jodoh anda?
Tapi jangan ingat soalan-soalan seperti ini akan berhenti selepas anda sudah berkahwin. Soalan selepas kahwin juga sering ditanya kepada pasangan yang baru sahaja sah menjadi pasangan suami isteri.
1. Perancangan untuk ada anak?
Soalan yang sangat lazim buat pasangan yang sudah masuk bulan ketiga selepas mereka berkahwin. Di dalam ekonomi sekarang, sangat penting untuk ada perancangan keluarga. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
2. Sekarang awak berdua tinggal di mana?
Jangan gusar apabila anda dapat soalan ini, lagi lagi daripada ‘onion auntie’, Jika anda masih duduk bersama ibu dan bapa anda, tidak mengapa. Jangan malu untuk mengaku. Saya percaya anda dan pasangan sedang mengumpul wang untuk duduk di rumah sendiri. Tetapi dinasihatkan, jangan dibiarkan lama duduk bersama ibu dan bapa. Takut hilang rasa cinta antara anda berdua.
3. Honeymoon dekat mana? Best tak?
Bulan madu adalah salah satu ‘special occasion’ di mana semua orang ternanti-nanti untuk anda ceritakan. Jadi anda sebagai pengantin baru, cerita lah bagaimana perjalanan anda, di mana dan apa perkara yang paling seronok dilakukan?
4. Macam mana rasa bila dah ada isteri/suami dalam satu rumah?
Sememangnya akan ada rasa perbezaan yang ketara apabila dah sah berkahwin. Sebelum ini, tidur seorang pun boleh conquer satu katil. Tetapi sekarang bila celik mata, ada pasangan tercinta kita di sebelah. Dan tidak tipu yang sebenarnya itu adalah rasa yang paling indah bila sudah sah menjadi suami isteri.
Anyway, anda janganlah rasa terlalu gusar apabila mendengar soalan yang sama dan perlu menjawab soalan yang sama, setengah mereka hanya mahu membuka topik baru dan merasakan hidup anda sangat menarik untuk mereka tahu. Jika anda masih belum mengumpul duit kahwin, saya cadangkan untuk anda baca tips mudah kumpul duit kahwin RM20,000. Anda hanya perlu masukkan nama & email anda, tips mudah itu akan dihantar ke email anda. Selamat mencuba!
Kredit Gambar: Blog Amy Syeera