Hari ini, Kaklong nak kongsi tips ringkas untuk ‘tackle’ bakal imam.
Selalunya tackle hanya berlaku dalam bola sepak dan juga sukan ragbi serta lazimnya sukan ini hanya dimainkan oleh kaum Adam.
Namun jangan sangka bahawa kaum Hawa juga boleh tackle kaum Adam.
Dalam sukan apa? Ragbi? Bola sepak?
Bukan, sukan memenangi cinta. Cia cia cia!
Seperti yang kita tahu, norma masyarakat Melayu, lelaki yang akan memikat perempuan.
Tetapi zaman telah berubah, kini perempuan juga boleh memikat atau tackle lelaki.
“Ish, Kaklong ni gila ke apa? Malulah macam perigi cari timba. Jatuh air muka wanita.”
Ini bukan gila, ini realiti.
Kalau anda tidak berusaha, bagaimana anda hendak dapatkan apa yang anda mahu.
Tidak salah pun kalau wanita cuba memikat lelaki tetapi ada caranya, janganlah nampak sangat desperado anda!
Ada langkah-langkah dan cara-cara yang mengekalkan santun Melayu untuk memikat kaum lelaki.
1. Kawan
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” Surah al-Isra : 32.
Berkawan-kawan dahulu dengan orang yang anda ingin berkenalan.
Jangan guna istilah couple.
Anda sedang mahu memilih bakal imam anda ini.
Cuba bayangkan anda sedang berkenalan dengan seorang lelaki.
Kemudian, anda rasa tertarik dengan lelaki itu dan anda terus confess tetapi makin lama, anda rasa anda memang tidak serasi dengan dia.
Dia tidak menepati ciri-ciri bakal imam yang anda mahukan.
Kan dah susah?
Jangan jerat diri sendiri.
Kawan je dulu dengan lelaki yang anda suka.
Kalau terlepas selepas usaha, jangan sedih, bilhikmah.
Semuanya berhikmah.
2. Jangan Gelojoh
JANGAN GELOJOH.
Ha, kenapa di ‘caps lock’ pula itu?
Rata-rata wanita gelojoh tau bila lelaki yang anda minat telah menunjukkan feedback positif.
Jangan terhegeh-hegeh sangat.
Ya, anda sedang usaha tetapi jangan nampak sangat anda terhegeh-hegeh.
Aturlah langkah dengan santai.
Contohnya, anda boleh tarik perhatian si dia dengan reply story atau status di Whatsapp dan Instagram.
Mula-mula, cuba reply seminggu sekali.
Kemudian, tiga hari sekali.
Kalau nampak si dia memberi respon positif, reply lah story nya hari-hari tetapi jangan pergi reply semua story si dia.
Nampak macam kepoh sangat anda ini.
Reply sehari sekali cukuplah.
3. Drill and Dig
Bila si dia dah beri respon yang positif, nampak dia macam berminat (macam je, jangan berharap lebih-lebih), cuba korek tentang private life dia.
Ya, memanglah kadang-kadang orang yang anda suka itu kawan baik anda tetapi mungkin ada perkara yang anda tidak tahu.
Cubalah korek sedalam-dalamnya tentang kehidupan peribadinya.
Kalau dia boleh bercerita dan mahu berkongsi, maksudnya peluang anda cerahlah.
Tetapi awas, anda belum menang lagi.
Gunakan pendekatan bertanya yang berkesan.
Jangan nampak beriya sangat.
4. Keep On Going
Keep on going that conversation.
Anda cuba jangan putuskan perhubungan dan perkaitan anda dengannya.
Selalulah berhubung dengannya. Let it flow.
Sambil-sambil tu berdoalah kepada Allah untuk dipermudahkan urusan anda jika dia benar-benar bakal imam anda.
In shaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar.
Tenang dan atur gerak anda dengan cermat.
You almost there, girl! Jangan putus asa lagi.
5. Tackle, tackler released!
“Tackle, tackler released!” merupakan istilah yang digunakan oleh pengadil ragbi apabila sebuah tackle berlaku di dalam permainan ragbi.
Apabila pemain tackle pihak lawan, dia kena lepaskan orang yang dia tackle supaya permainan boleh berjalan dengan lancar semula.
Ya, di sinilah penentuannya.
Anda kena tunjuk pendirian anda, anda sebagai perempuan kena tegaskan bahawa anda betul-betul sedang mencari team mate untuk menjalani kehidupan sampai habis.
Bila sudah terangkan semua, beri ruang kepada si dia.
Anda boleh confess tapi janganlah cliché sangat. “Er.. Aku suka kau.” ke “I love you, Hakkim.”.
Jangan sisters, jangan.
Selepas anda terangkan tujuan anda, barulah anda boleh bagi semua kata-kata manis itu.
Dear sisters, the important thing is be brave.
Beranilah dalam mencari cinta.
Ditolak? Tenang, anda bukan bercinta dengan dia pun.
Anda berkawan sahaja. Jangan takut akan penolakan.
Rejection is actually a redirection to success.
Be brave, girls!
Kalau anda perlukan lagi tips untuk dapatkan lelaki idaman sebagai jodoh anda, Kaklong sarankan anda baca ebook ‘Hi Hensem’ (klik sini) yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.
Serius, ebook ini memang penuh dengan tips yang berkesan untuk anda cuba.
Kaklong doakan semoga anda anda jodoh dengan si dia ya. Aamiin!