Shopee merupakan satu platform yang sangat menarik untuk beli macam-macam barang.

Tapi tahukah anda sebenarnya anda boleh menjual juga di dalam Shopee?

1) Cas Terendah

Shopee tidak mengenakan cas pada seller dengan banyak.

Tiada yuran tahunan dan hanya 2% sahaja yang perlu dibayar pada Shopee.

Kalau website lain seperti Lelong, Lazada dan 11th Street, tinggi sangat cas dikenakan.

2) Sistem Online Mudah

Kalau nak listing barang, senang sangat!

Cuma ikut langkah-langkah mudah yang telah disenaraikan oleh Shopee.

Boleh juga terus upload gambar dari telefon bimbit anda.

Kalau nak letak detail dari Instagram, boleh link sahaja Instagram anda dengan Shopee.

Semudah ABC.

3) Poslaju ditaja oleh Shopee

Untuk tempoh terhad, Shopee ada menawarkan kos penghantaran yang percuma.

Tapi kena mohon.

Kalau dapat, anda cuma kena print consignment note dan hantar terus di Poslaju.

Tapi kena cakna, kalau Shopee buat tawaran tu, terus mohon okay?

Kalau tak, Shopee hanya tanggun RM2.30 untuk kos penghantaran.

4)Mobile Friendly

Semua benda boleh buat menggunakan telefon bimbit.

Anda ambil order guna telefon bimbit.

Orang senang nak guna Shopee sebab boleh diakses dari telefon bimbit dan di mana-mana.

Anda juga boleh berhubung dengan pelanggan menggunakan telefon.

5) Membina Reputasi dan Jenama

Kalau anda dapat rating 5 bintang selalu dari pelanggan-pelanggan anda, hal ini akan muncul di profil and.

Makin ramailah yang akan membeli daripada anda kerana diyakini kualiti barang-barang anda.

6) Preferred Seller

Kalau anda lepas satu tahap yang ditetapkan oleh Shopee, anda akan diberi taraf preferred seller.

So apa yang dikatakan preferred seller ni?

Orang akan lebih suka berurusan dengan preferred seller kerana anda juga boleh menawarkan baucer diskaun kepada semua.

7) Kurang Risiko Ditipu

Susah nak kena tipu sebab anda macam kerja bawah Shopee.

Apa-apa semua bawah Shopee.

Semua Shopee akan lindung.

Selagi bayaran belum disahkan, anda tidak perlu hantar barang kepada pelanggan.

8) Kurang Tawar Menawar

Tak payah nak hadap tawar menawar sebab harga memang dah tetap seperti yang tertera yang anda tulis.

Tak payah nak risau.

Harga memang tetap dan tidak boleh tawar-menawar.

Jaranglah orang tawar menawar di Shopee.

9) Shopee Guarantee

Semua pembayaran yang dibuat pelanggan akan masuk akaun Shopee dulu.

Nanti bila pelanggan dah sah terima barang, baru Shopee akan masukkan dalam akaun anda.

Sekarang, Shopee akan masukkan dalam hari Rabu.

10) Jimat Masa

Kalau berjual di Shopee, tak payah nak buat stock take, promosi dan urusan penghantaran sendiri sebab semuanya ada kerangka di Shopee.

Apa yang anda perlu buat, hanya masukkan maklumat barang-barang anda.

Cubalah berjual di Shopee, mana tahu anda boleh kumpul duit kahwin banyak-banyak melalui Shopee.

Jika anda perlukan panduan lengkap untuk memulakan bisnes Shopee, saya cadangkan untuk anda baca ebook Panduan Berniaga di Shopee yang ditulis oleh saudara Fahmi ini.