Soalan “Adakah isteri perlu bekerja untuk membantu kewangan suami setelah berkahwin?” menjadi satu isu yang tidak pernah ada penyelesaiannya.

Tiada jawapan ya atau tidak.

Hal ini kerana ada pihak yang berpendapat bahawa sang isteri perlu berhenti kerja selepas berkahwin kerana suami boleh tanggung dari segenap aspek.

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa isteri perlu tetap bekerja selepas berkahwin untuk membantu ekonomi keluarga.

Nah, tersepit antara dua sudah.

Perkara ini akan tidak menjadi masalah jika pihak suami dan isteri bersetuju untuk memutuskan sama ada isteri itu perlu terus bekerja selepas berkahwin atau berhenti.

“Apa dosa saya? Baru je kahwin tapi suami dah suruh berhenti kerja.”

Masalah akan timbul apabila salah satu pihak tidak sependapat dengan satu lagi pihak.

Contohnya, suami nak isteri bekerja tetapi isteri nak berhenti atau isteri nak terus bekerja tetapi mendapat tentangan suami.

“Eh, kejap. Ada lagi ke suami kolot suruh isteri berhenti kerja sekarang. Ekonomi tengah gawat kot.”

Ada.

Sudah 2020 pun masih ada suami yang berfikiran begitu.

Namun ada kebaikan dan ada keburukannya.

“ Kaum lelaki iti adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”

Surah An Nisa’ : ayat 34.

Kebaikannya, isteri dapat memberikan fokus yang lebih terhadap rumah tangga.

Hanya menjadi suri rumah dan menggembirakan hati suami.

Soal nafkah jangan risau, suami yang beri semuanya.

Orang perempuan kalau kahwin perlu cuci kaki sahaja sebenarnya kerana lelaki bertanggungjawab atas segala-galanya.

Namun begitu, kebaikan ini hanya sah pada suami-suami yang betul-betul bertanggungjawab.

Cuba bayangkan kalau si suami itu jenis yang tidak bertanggungjawab.

Contoh si isteri berhenti kerja dan sudah tiada gaji.

Kemudian si suami pula yang jenis sangat kedekut dengan wang ringgit.

Mana duit isteri nak cekau beli barang-barang rumah?

Sebab itu, ramai wanita lebih gemar untuk bekerja supaya dapat menampung ekonomi keluarga.

Ada juga yang keluarga mentua minta si isteri berhenti.

“Ala, Timah. Kau berhenti sahajalah. Nanti Karim tanggunglh semua makan minum kau.”.

Sekali lagi diulang, perkara ini hanya sah kepada suami yang jenis bertanggungjawab dan cakna akan tanggungjawab dia.

Jangan terus ikut kata ibu atau ayah anda wahai suami-suami.

We’re the leaders. Lead the way.

Bagi sang suami, jangan terburu-buru menyuruh isteri anda untuk berhenti kerja.

Fikir dulu masak-masak.

Lagi cantik kalau anda duduk dan berbincang baik-baik dengan isteri dan kalian senaraikan kebaikan dan keburukan kalau isteri berhenti kerja.

Bila sudah senaraikan perkara-perkara itu, baru boleh buat keputusan yang sebaiknya.

Ingat, bila sudah berkahwin, paling penting komunikasi.

Pasangan tak reti berkomunikasi, dekatkan diri anda dengan dia secara pendekatan yang dia suka.

Semoga Alla permudahkan semua urusan kalian!

Kredit Gambar: Donna

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles