Setiap kejayaan pasti pernah ada kisah pahit yang kita pernah lalui dulu.

Jalan-jalan ini tidak pernah kita rintangi dengan tenang malah wanita ini berjaya mengharungi liku-liku yang ada di jalannya sehingga dia berjaya membeli sebuah rumah dan juga kereta idamannya.

“Makcik nak menantu GOV”

“Awak tu asal dari family yang susah. Tak payah berangan nak beli Volkswagen. Takkan dapat”

Itulah yang menjadi pembakar semangat Mimi Rozmiza (@RozmizaRozman) yang dia kongsikan di lama sosial twitter.

Mimi Rozmiza menceritakan saat-saat dia bersama kekasih lamaya yang sentiasa memberi kata-kata negatif tetapi Mimi tetap positif dan mengambilnya sebagai satu pembakar semangat yang dia boleh buktikan dia mampu walaupun ibu dan bapanya hanya bekerja sebagai peniaga kecilan.

Sehinggalah kekasih lamanya terkantoi curang dengannya.

Semangat

Namun Mimi Rozmiza terus bernekad yang dia mahu putuskan segala jenis hubungan dengan family kekasih lamanya dan kini sudah mauk lima tahun dia tidak hubunginya.

Dan sepanjang lima tahun itu, banyak benda yang Mimi Rozmiza dapat capai.

Banyak kali dia bergelut untuk mencapai impiannya sendiri.

Habis bayar PTPTN.

Beli kereta.

Beli rumah.

Dan Mimi sentiasa pegang kata kata yang kekasih lamanya beri padanya sebagai pembakar semangatnya untuk terus maju ke hadapan.

Dia juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa menjatuhkan dan berikan kata-kata buruk kepada dirinya kerana itulah yang membuak-buakkan lagi semangat Mimi untuk terus berjaya sehingga sekarang.

Tips Move On

“Jangan simpan dendam, prove them that without him/her kita masih boleh berjaya”

Mimi juga ada kongsikan beberapa tips untuk move on daripada perkara dan hubungan yang lepas.

1. Stop contact

Kalau anda rasa perlu tukar no. handphone, tukar lah dan block everything on social media.

Jangan tiba tiba eh rasa macam nak layan balik lah.

Abaikan rasa tu sebab semuanya dusta.

2. Barang barang yang pernah si dia bagi

Bakar lah kalau perlu ataupun buang semua bear, bunga, gelang dan banyak lagi yang pernah kekasih lama anda berikan.

3. Busykan diri

Sentiasa busykan diri anda walaupun tiba-tiba tak busy, cari juga sesuatu yang anda boleh buat daripada melongok termenung terkenangkan kisah lama.

4. I’m OK

Setiap kali bangun tidur, tengok cermin dan cakap “I’m OK” dan sentiasa push diri sendiri that anda boleh lakukan ini!

5. Prove them

Buktikan pada mereka yang anda sebenarnya boleh buat walaupun tanpa mereka dibelakang anda!

Pengajaran

“Bila kecewa jadi lah yang lebih baik.”

Mimi mengkongsikan pengalamannya untuk menjadikan penguat untuk semua yang membaca agar terus berusaha dan jangan berhenti di tengah jalan.

Walaupun ramai yang berkata dan ada tanggapan buruk pada anda, jadikan ianya satu mancis yang menyemarakkan semangat anda.

Jangan pernah mengalah, jangan pernah pandang belakang atas kenangan yang pernah menyakiti anda.

Teruskan usaha!

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles