Sekarang dalam keadaan PKP, ada majlis agama Islam negeri yang membenarkan pasangan yang ingin berkahwin, berkahwin dalam talian.

Namun begitu, tidak semua pasangan dibenarkan kahwin.

Maksudnya, siapa yang kahwin online waktu PKP ini, mereka bukan kahwin suka-suka.

Mereka perlu mempunyai sebab-sebab yang sangat kukuh, baru boleh berkahwin.

Jika anda mahu tahu sama ada anda layak atau tidak untuk memohon kebenaran untuk bernikah online ini, anda boleh lihat cara-cara di bawah yang dikongsikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

1) Beri Kerjasama Untuk Pasangan yang Benar-benar Perlu

Anda perlu beri kerjasama kepada pasangan yang benar-benar perlu dahulu.

Siapa pasangan yang benar-benar perlu ini?  

Adakah anda tergolong daripada golongan yang layak?

Anda boleh lihat point-point seterusnya.

Anda juga boleh emel kepada skk@jais.gov.my jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan nikan semasa PKP.

2) Syarat-Syarat Nikah Online

Walaupun nikah online dibenarkan, anda dikehendaki mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Antara syarat yang dikenakan ialah pasangan hendaklah telah mendapatkan kebenaran berkahwin dari JAIS / JAIN dan masih sah digunakan.

Sebab tu ramai yang nak kahwin waktu online, sebabnya kebenaran ini mempunyai tarikh luput.

Seterusnya, pasangan mempunyai keputusan ujian saringan HIV yang masih sah iaitu dalam tempoh 6 bulan.

Kepada kes wali hakim, bawah umur dan janda berhias, mereka boleh kahwin jika perintah masih sah.

Kepada yang pengantin luar negara, pastikan visa masih sah berdasarkan pad sari Jabatan Imigresen.

Pasangan yang ada ahli keluarga yang sakit dan dikhuatiri tidak dapat melihat majlis perkahwinan pada masa lain, dibenarkan kahwin.

Seterusnya, majlis hendaklah berlangsung di tahap yakin!

Maksudnya semua kena yakinlah, jangan rasa ragu-ragu.

Majlis juga hendaklah tiada unsur penipuan dan keraguan.

Semua juga perlu cukup rukun dan syarat sah nikah menurut hukum dan syarak.

Digalakkan juga wali sendiri untuk mengakad-nikahkan pasangan.

Sebab di rumah kan, mudah sikit.

Seterusnya pasangan juga dibenarkan nikah jika terdapat halangan untuk nikah pada masa yang ditentukan contohnya, anda nak kahwin 3 Jun 2020 tapi masa tu pasangan dah kena pergi out station di Dublin sendirian.

Jadi, tak bolehlah.

Kena kahwin sekarang juga.

Selain itu, semua perlu tertakluk kepada semua pertaturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuat kuasa.

3) Tidak Layak Memohon Jika …

Namun begitu, bukan semua pasangan layak memohon.

Anda tidak layak untuk memohon jika

  • kebenaran berkahwin perempuan untuk berkahwin di Selangor yang diperolehi dari negeri lain tamat tempoh,
  • keputusan HIV telah tamat tempoh,
  • perintah wali hakim,
  • bawah umur dan janda berhias tamat tempoh serta visa tamat tempoh berdasarkan surat pengesahan dari Jabatan Imigresen.

Tapi kalau anda saja-saja nak kahwin semasa PKP sebab nak jimatkan kos, tak boleh.

Kalau anda punya surat permohonan berkahwin sudah mahu tamat, tapi taknak kahwin online pun boleh.

Anda boleh renew surat tersebut setelah PKP tamat.

4) Cara Memohon Online (Jika Layak)

Kalau anda cukup syarat, anda boleh memohon kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing.

Jika anda sudah cukup syarat, silalah memohon di sini.

Semoga urusan anda dipermudahkan!

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Kredit Gambar: Sweetpictures

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles