Tahukah anda, dengan menjadi cikgu tuition, anda boleh menjana kewangan? Tidak banyak modal yang diperlukan, hanya otak yang berpengetahuan dan kemahiran mengajar. Tuition tidak semestinya mengajar dalam bilangan kelompok yang besar, ada juga tuition yang mengajar peseorangan.

“Hmm, boleh ke saya jadi cikgu tuition? Saya tak pandai mengajar. Lagi satu, saya tak yakin dengan diri saya. Nanti terikut ajaran sesat pulak budak-budak tu nanti. Tapi saya perlukan duit untuk majlis perkahwinan saya nanti.”

Jangan risau. Anda boleh melakukannya. Cuma sedikit usaha dan masa yang diperlukan untuk mencapai kemampuan itu. Ikuti langkah-langkah di bawah, pasti anda akan menjadi guru tuition terbaik.

1. Yakin!

Keyakinan sebenarnya datang dari minda kita. Anda kena yakin yang anda mampu menjadi guru tuition. Anda juga boleh tambah keyakinan dengan melihat kejayaan-kejayaan anda. Cari perkara yang boleh membanggakan diri supaya anda yakin untuk melakukan kerja ini. Ini semua demi masa depan anda juga kan? No money, no kahwin-kahwin.

2. Tahu Isi Pelajaran dan Format Peperiksaan

Cari tahu isi pelajaran dan format peperiksaan terkini bagi subjek yang anda mahu mengajar. Anda boleh join group Telegram atau Facebook guru tuition sekitar kawasan tempat tinggal anda. Taknaklah ajar tuition jauh-jauh, nanti banyak pula wang habis untuk mengangkutan. Anda mahu kumpul duit kahwin, bukan mahu menghabiskan duit. Kalau boleh, jangan ada satu subjek sahaja yang anda ajar. Cuba lihat balik , subjek apa yang anda mampu ajar. Sebagai contoh, kalau ajar Bahasa Melayu, boleh juga mengajar Sejarah atau Geografi.

3. Belajar Cara-cara Mengajar yang Baik

Anda boleh belajar cara untuk mengajar atau pedagogi yang baik. Kanak-kanak ni , cara approach nya agak berbeza dengan orang dewasa. Jangan terlalu tegang sewaktu mengajar. Nanti tak sampai sebulan, anda kena buang kerja. Habislah tak dapat kumpul duit kahwin.  Terdapat banyak platform yang anda boleh ikuti. Antaranya ialah di chanel Youtube Cikgu Hailmi atau di group Facebook Teachers’ Collections. Jika anda mampu jadi tambah nilai diri anda dengan kemahiran mengajar ini, pasti anda akan direbuti oleh pusat-pusat tuition untuk mengajar di sana dan makin banyaklah wang yang diperolehi untuk kahwin. Selesai masalah!

4. Job Hunting

Kalau baru mula-mula ini, carilah dahulu pusat tuition yang memerlukan guru tuition. Sama ada full time atau pun part time. Jika anda bekerja pada siang hari, ambillah part time. Anda boleh cari pekerjaan mengajar tuition ini di Indeed, Jobstreet, dan MauKerja. Antara perkara yang anda perlu peduli sewaktu mengambil kerja ialah lokasi, subjek dan bayaran. Tengok semua aspek ini supaya berbaloi. Pastikan berbaloi untuk mengumpul duit kahwin, bukannya anda yang keluarkan duit untuk kerja.

5. Boleh jadi Personal Tutor dan Buat Home Tuition

Nah, jika anda sudah ada pengalaman yang cukup, bolehlah bergerak sendiri. Sama ada boleh jadi personal tutor atau boleh buat home tuition. Lazimnya, kedua-dua kaedah ini mudah untuk anda bergerak sendiri dan anda boleh adjust mengikut masa sendiri. Tetapi awas, jangan main-main pula bila mengajar! Bayarannya juga terpulang kepada anda. Jika anda bijak, makin banyaklah wang untuk majlis perkahwinan nanti.

Jika anda berminat untuk memulakan bisnes home tuition, saya sarankan anda dapatkan dan baca panduan bisnes home tuition (KLIK SINI).

Selamat mencuba!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles