“Kalau kau kahwin dulu daripada kakak kau, kau kena bagi hadiah tau kat dia. Kalau dia minta rantai emas, rantai emaslah kau kena bagi kat kakak kau.”

Ha, bercakap tentang langkah bendul.

Mengikut adat Melayu, jika seseorang adik seseorang perempuan itu kahwin dahulu daripada kakaknya, maka dia perlu meminta izin daripada kakaknya untuk berkahwin dan kakak itu boleh meminta apa-apa hadiah daripada adiknya.

Kalau adiknya tidak dapat menyediakan apa-apa hadiah yang kakaknya mahu, adiknya tidak akan boleh berkahwin.

Selagi tidak dapat memberikan hadiah, selagi itu tidak boleh kahwin.

Tetapi, dalam Islam tiada pun bab-bab ini.

Hal ini kerana perkara ini akan menyusahkan seseorang untuk menghalalkan perhubungan.

Jika adik anda langkah bendul, apakah yang anda perlu lakukan?

Ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Sokong Niat Berkahwin

Sokong sahaja niat berkahwin adik anda.

Beri restu kepada hubungannya.

Tolong mana-mana yang mampu.

Kalau anda mahir bahagian kewangan, berikan tips-tips kewangan kepada adik anda.

Jangan terlalu cemburu dengan rezeki  adik anda.

Itu kan adik anda, sokong niat mereka hendak kahwin.

2. Jangan Susahkan Adik

Kalau adik berkeras nak bagi hadiah, janganlah demand sangat.

Ada kes, seorang kakak itu meminta sebuah rumah untuk hadiah langkah bendul.

Jenuhlah adik itu hendak berkahwin.

Kalau adik berkeras, mintalah benda yang mudah-mudah dan adik itu mampu untuk membelikan benda itu.

3. Minta Adik Doakan

Doa merupakan senjata mukmin.

Dalam banyak-banyak doa, mana tahu, doa adik anda yang makbul, jadi cubalah minta adik anda doakan anda supaya jodohnya tiba.

Anda kena minta doa daripada ramai-ramai orang dan juga jangan lupa untuk mendoakan diri sendiri.

4. Positif

Kekal positif dan yakinlah Allah sedang merancang sesuatu untuk anda.

Jangan cemburu dengan adik dan orang lain yang sudah sampai jodoh mereka.

Jodoh, ajal dan rezeki ini semuanya Allah telah tetapkan.

Jadi, kekal positif dan tenang.

Tiada masalah pun kalau adik nak langkah bendul.

Cuma, sembang-sembanglah dulu dengan kakak tentang perhubungan anda untuk bersopan,dia kan kakak.

Semoga dipermudahkan segala urusan anda!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles