Apa itu ShopBack?

Pernah dengar tak tentang aplikasi ShopBack? Aplikasi ShopBack ni best tau. Aplikasi ini menjanjikan 1% – 6% wang akan kembali semula kepada anda daripada jumlah yang anda belanjakan. Wah, kalau beli barang kahwin guna ShopBack memang berbaloi tau!

“6% je? Sikit bebenor!”

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Memanglah mula-mula nampak macam sikit tapi lama-lama nanti akan jadi banyak tau! ShopBack ni, bukan semua platform kita boleh guna dia punya aplikasi. Hanya ada beberapa aplikasi rakan kongsi ShopBack sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini. Tetapi yang beberapa aplikasi itulah yang anda selalu guna. Lagi-lagi kalau nak guna untuk perkahwinan.

Kalau nak beli barang hantaran pun boleh guna ShopBack.

Sambil berbelanja untuk hantaran, anda boleh dapat duit, kan jimat! Berikut merupakan aplikasi kalau nak beli barang-barang hantaran:

  • Shoppee (Macam-macam ada, taip je apa yang anda hendak)
  • Lazada (Sama macam Shopee)
  • Hermo (Barang kecantikan)
  • Mr DIY (Barang-barang untuk lengkapkan hantaran dan pelbagai)
  • Zalora (Baju-baju, beg tangan)
  • FashionValet (Baju-baju, beg tangan, make-up)
  • Sephora (Barang make-up)
  • Adidas (Baju, barang sukan, kasut, minyak wangi)
  • FlowerAdvisor (untuk bunga-bungaan)
  • Book Depository ( Buku)

Berita Sedih Buat Peminat Shopee & Lazada

Walaupun platform seperti Shopee & Lazada ditangguh sementara waktu, terdapat banyak platform yang boleh anda guna untuk jimat dan untung!

Anda Travel Pun Untung

Kalau anda hendak pergi honeymoon selepas berkahwin, untuk tempah hotel atau resort pun boleh guna ShopBack. Lagi banyak pulangan yang anda akan dapat sebab selalunya booking hotel ni harganya tidak mungkin bawah RM50. Berikut merupakan aplikasi yang anda boleh guna untuk booking hotel menggunakan ShopBack:

  • Agoda
  • Booking.com
  • Expedia
  • Trip.com
  • Viator

Kalau anda hendak pergi honeymoon lepas berkahwin, anda mesti kena bergerak menggunakan kenderaan bukan? Untuk melancarkan honeymoon anda, terdapat beberapa aplikasi yang menggunakan ShopBack yang pasti berbaloi untuk anda guna:

  • Malaysia Airlines (Penerbangan)
  • Etihad Airways (Penerbangan)
  • Rentalcars.com (Untuk anda sewa kereta sewaktu sampai di destinasi honeymoon)
  • CatchThatBus (Travel menggunakan bas)
  • BusOnlineTicket ( Untuk travel menggunakan bas , train atau ferry)

Jimat dan Sihat

Untuk menghadapi majlis perkahwinan, anda mesti sihat wal afiat. Anda juga boleh menggunakan ShopBack ini untuk beli barang-barang sukan atau kesihatan.

  • Under Armor (Barang sukan)
  • iHerb (Suplemen tambahan)
  • Watson (Farmasi)
  • Sport Direct (Sukan)
  • JD Sport (Sukan)

Sebenarnya, ada banyak lagi aplikasi rakan kongsi ShopBack ini tetapi ini yang berkaitan dengan penggunaan untuk mereka yang hendak berkahwin. Jadi, bagaimana untuk menggunakan aplikasi ShopBack ini?

  • Kalau belum daftar sebagai ahli, sila daftar menggunakan link bawah ini dan anda akan dapat cashback percuma sebanyak RM5
  • Tekan kat mana anda nak shopping
  • Shopping macam biasa
  • Nanti dalam 4-7 hari, tengok ada tak cashback
  • Dekat profile , tekan ‘withdraw cashback’

Selesai! Selamat ber’ShopBack’! Berbelanjalah dengan bijak.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles