“Aduh, Ira nak tudung baru pulak! Aku nak beli tudung apa ni? Aku dahlah jahil bab-bab tudung.”,

kata Azmi kepada dirinya.

Ya lah, lelaki tak pakai tudung kot, manalah tahu macam mana nak beli tudung.

Beli tudung merupakan satu sukan ekstrem bagi lelaki sebab jaranglah lelaki ada pengalaman beli tudung melainkan dia memang jenis ambil tahu tentang perkara yang berkaitan dengan orang yang mereka sayang.

Tapi jangan risau, baca artikel ni sampai habis dulu.

Artikel ini mampu menyelamatkan anda!

Lepas anda baca artikel ini in shaa Allah anda akan bebas daripada istilah “lelaki tak pandai beli tudung”.

Jom baca!

1) Tahu Warna

Pertama sekali, anda kena tahu dulu jenis-jenis warna.

Contohnya, anda lihat tudung itu berwarna biru.

Tetapi bagi pandangan mata perempuan, ada biru cerah, biru cair, navy blue, royal blue, dark blue dan macam-macam lagi biru.

“Aik? Matilah aku. Banyaknya jenis warna. “.

Jangan risau, anda boleh survey dulu slow-slow kedai online tudung untuk lihat jenis-jenis warna yang mereka tawarkan.

2) Tengok Warna Kulit

Perhati warna kulit pasangan anda.

Anda boleh beli tudung dengan melihat warna kulit pasangan anda.

Kalau dia berkulit putih atau cerah, anda boleh belikan mereka warna-warna teguh macam merah, hitam, biru dan hijau.

Kalau dia berkulit sawo matang, boleh belikan warna-warna seperti ungu dan maroon.

Kalau dia berkulit ala-ala kuning langsat, boleh beli warna cerah seperti kunin atau biru cair.

Kalau dia berkulit gelap,anda boleh beli warna-warna pastel.

Kalau anda pandai beli, pasti tudung itu akan cantik dikenakan oleh pasangan anda.

3) Beli Ikut Material Bagus

Ada banyak jenis material untuk tudung.

Material yang paling disukai oleh pengguna tudung ialah tudung yang boleh dibentuk dengan mudah.

Maksudnya tak mudah gelembung dan terlalu licin.

Antara jenis tudung ialah cotton, cotton voile, cotton wafer, chiffon, chiffon crepe, bubble, lycra, satin, pearl satin, satin maria dan macam-macam lagi.

Tapi kalau nak selamat belilah jenis cotton bergred tinggi sebab lazimnya semua perempuan pakai je tudung cotton.

4) Beli Ikut Jenama

Kalau ada rezeki lebih sikit, belilah yang berjenama sikit.

Contoh tudung mampu milik yang boleh dibeli ialah Naelofar Hijab. “Eh, bukan Naelofar Hijab mahal ke?”.

Semua orang selalu tersilap sebab selalu fikir begitu sebab pengasasnya ialah usahawan dan artis yang berjaya iaitu Neelofa sendiri.

Naelofar Hijab menawarkan harga mampu milik.

Mampu milik macam sangat mampu milik! Tak percaya?

Boleh pergi tengok naelofar.com.

Tudung-tudung dari Mirabelle dan Daisy and Luth juga sangat mampu milik tetapi orang tak percaya tudung mereka murah tetapi berkualiti.

5) Tahu Apa yang Dia Suka

Cari tahu apa yang si dia suka.

Kalau dia suka pakai shawl, belilah shawl.

Kalau suka bawal, belilah bawal.

Jangan pergi bagi ikan bawal pula!

Kalau anda dah tahu apa yang pasangan anda suka, lagi mudah kerja anda untuk beli tudung.

Senang hidup.

Sembang-sembanglah dengan pasangan anda.

Communication is the key!

Sekarang, anda sudah tahu kan macam mana nak beli tudung?

Apa lagi, pergilah beli sekarang!

Yakinlah bahawa pasangan anda akan lebih sayang pada anda selepas anda membelikan mereka tudung.

Kredit Gambar: Heeladina