“Elakkan perhimpunan ramai 6 bulan hingga setahun selepas PKP”
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (3 April 2020)
Walaupun PKP telah hampir tamat, dan kita sekarang berada di fasa PKPP, masih juga belum ada info rasmi bilakah boleh buat majlis persandingan atau kenduri kahwin.
Tetapi, majlis akad nikah boleh dilakukan di rumah masing-masing mahupun di pejabat agama islam daerah masing-masing ya.
Jika anda merancang untuk membuat majlis perkahwinan atau persandingan setelah pandemik ini berakhir (mungkin dalam tahun 2021), ada beberapa tips yang anda boleh ambil sebagai langkah persediaan:
1) Pastikan Anda Ada SOP
Letaklah hand sanitizer di mana-mana.
Mudah untuk tetamu yang tiada hand sanitizer untuk membasmi kuman di tangan mereka.
Kalau anda ada duit lebih sikit, pasang terowong sanitizer itu, maksudnya setiap tetamu akan dinyahkuman untuk keseluruhan badannya.
Inshaa Allah selamat.
Periksa juga suhu badan tetamu, kalau ada tetamu yang tidak sihat, sebaik-baiknya mintalah dia berehat di rumah.
Jangan salam siapa-siapa.
Amalkan letak tangan di dada dan tunduk.
Wah, menarik kan .
Dah takda konfius siapa yang boleh salam dan siapa yang kita tak boleh salam sebab kita boleh tunduk pada semua orang.
Kalau nak lagi selamat, minta tetamu pakai mask.
2) Tak Payah Jemput Ramai-ramai
Jemput ahli keluarga dan ahli keluarga terdekat sahaja.
Ahli keluarga terdekat tu macam adik beradik ibu dan ayah.
Tak perlu sampai dua pupu ke tiga pupu saudara.
Makin ramai tetamu, makin besar risiko untuk anda dijangkiti.
Oleh itu, hadkan bilangan jemputan.
Tak payah ramai-ramai. Jimat pun jimat.
3) Take Away Food
Sediakan makanan bungkus untuk tetamu.
Kiranya tiada hidangan buffet.
Lagi kurang kontak kan antara tetamu?
Cuba bayangkan kalau tetamu berate rapat-rapat nak ambil makanan.
Bahaya tau.
Lagi banyak risiko kalau mereka makan sendiri.
Oleh itu, sediakanlah makanan bungkus.
Tetamu pasti faham keadaan itu kerana musim pandemik belum lagi berakhir.
4) Buat Live
Apa guna kan teknologi sekarang, buatlah live untuk sanak-saudara dan kawan-kawan yang tidak dapat dijemput itu.
Kan senang, yang jauh kita dekatkan dengan teknologi yang ada.
In sha Allah semua akan faham dengan keadaan anda.
Jangan risau.
Buat semua tips-tips yang diberi agar anda tidak akan ditimpa kesusahan pada masa akan datang.
Kita kena kurangkan risiko jangkitan walaupun kes sudah makin berkurangan.
#KitaJagaKita
Kredit Gambar: Sweetpictures