Kami yakin bahawa anda yang sedang membaca artikel ini mungkin merupakan orang yang sudah berkahwin ataupun bakal berkahwin kerana blog ini merupakan satu blog yang universal di mana, semua orang boleh baca blog ini.
Pada hari ini, kami ingin membawakan satu kelainan kepada anda iaitu berkaitan keyakinan dengan Tuhan.
Kami ingin anda lihat isu-isu yang ada dalam diri manusia tentang keyakinan kepada Tuhan sepanjang urusan hendak berkahwin.
1. Anda bersedekah banyak-banyak atau secara konsisten tetapi anda mula rasa ragu kerana anda tidak mendapat pulangan. Lagi-lagi anda sedang hendak kumpul duit kahwin.
2. Anda mula persoalkan kenapa Allah susahkah urusan anda hendak berkahwin. Anda Dah buat banyak benda-benda baik tetapi anda persoalkan kenapa Allah tidak mudahkan urusan anda, ada sahaja halangan.
3. Anda terlalu sibuk berusaha secara fizikal untuk mengumpul duit kahwin. Anda sangat berusaha sampai satu tahap, anda burnt out dan anda penat sendiri. Anda rasa tiada orang tahu anda punya penat.
4. Anda cuba buat macam-macam jenis perniagaan, jadi agen, jadi stokes, jadi dropship dan jadi kuli tapi semua tak jadi. Tiada satu benda pun jadi dan anda mula tidak yakin dengan rezeki Allah.
5. Anda tidak tahu laluan anda sebenarnya walaupun anda sudah menghadiri pelbagai seminar, kursus perniagaan dan potensi diri. Anda rasa semua sia-sia dalam usaha anda menghalalkan si dia.
6. Anda tertanya-tanya “ apa aku nak buat” seolah-olah anda hilang pedoman. Anda jadi lost track. Anda blur dengan usaha yang anda lakukan.
7. Anda berdoa supaya urusan kahwin anda dipermudahkan tetapi anda tidak yakin bahawa Allah akan makbulkan doa-doa anda. Perkara ini sama macam anda hantar anak anda pergi sekolah tetapi anda tidak yakin bahawa cikgu akan mendidik anak anda dengan sebaik-baiknya.
8. Anda solat tetapi hati anda tidak menghadap Allah. Kalau hati lalai dan dalam solat tidak mengingat Allah, siapa yang anda sembah? Sedangkan solat itu kan untuk mengingat Allah. Ada satu quote yang sangat menarik untuk dikongsikan “Don’t rush your solat for anything, as you’e standing in front of the who’s incharge of whatever you’re rushing for.”. Maksudnya, kalau solat kan kita berhadapan dengan Allah, Allah yang berkuasa atas segala-galanya termasuklah urusan yang anda kejar untuk solat cepat. Jadinya, jangan terburu-buru dan lalai.
9. Anda rasa beratnya dugaan tiada duit untuk berkahwin. Susah sangat rasa nak dapat duit. Rasa macam susah betul nak dapat duit sampai rasa nak bunuh diri supaya semua masalah hilang. Sedangkan rezeki yang Allah bagi lagi banyak daripada dugaan yang diberi.
Oleh itu, isu-isu ini jika ada dalam diri anda, hendaklah segera dibetulkan hati supaya berada di landasan yang betul.
Ingatlah, Allah dahulu, Allah terus dan Allah lagi.