“Menunaikan zakat” merupakan rukun Islam keempat.

Rukun Islam merupakan perintah Allah yang wajib ditunaikan seluruh umat Islam.

Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

– Surah At Taubah :103.

Dalam al-Quran sudah disebut bahawa zakat sangat penting untuk menyucikan harta.

Kalau tidak mengeluarkan zakat, maka anda akan ditimpa dosa.

Setiap dalam harta yang kita peroleh, ada rezeki orang lain di dalam rezeki kita.

Selalunya anda hanya tahu ada zakat yang bayar waktu bulan Ramadan tu sahaja kan?

Itu merupakan zakat fitrah.

Sebenarnya ada pelbagai jenis zakat di dalam Islam.

Antaranya ialah

  • Zakat pendapatan
  • Zakat perniagaan
  • Zakat wang simpanan
  • Zakat pelaburan
  • Zakat KWSP
  • Zakat emas dan perak
  • Zakat takaful

Pada hari ini, zakat fitrah yang akan dikongsikan kerana zakat fitrah inilah yang sangat penting.

Zakat fitrah ialahzakat diri yang DIFARDHUKAN kepada setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Apabila belum berkahwin, lazimnya zakat ini akan dibayar oleh ketua keluarga rumah anda.

Tetapi jika anda sudah berkahwin, bagi lelaki, anda akan membayar untuk semua tanggungan anda.

Bagi perempuan pula, anda akan dibayar oleh suami anda.

Oleh itu, sebelum anda berkahwin, anda kena tahu ilmu zakat ini.

Jadi, siapa sebenarnya yang wajib bayar zakat fitrah ini?

  • Pertama, individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Seterusnya, anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenamnya matahari.
  • Selain itu, memeluk Islam sebelum terbenam mata hari pada akhir Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  • Akhir sekali, seseorang yang meninggal selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.

Anda kena tahu sebab mana tahu, ada ahli keluarga anda menghadapi situasi di atas.

Cara dan kadar bayar zakat.

“Macam mana nak bayar zakat ni?”

Selalunya zakat ini dibayar dengan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.

Pada zaman ini selalunya bayar guna duitlah.

Ada nilai-nilai tertentu yang perlu dibayar.

Kadari fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Senang-senang, ikut Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masinglah.

Ada RM7 sekepala dan ada yang RM6 sekepala.

Bila waktu bayar zakat fitrah?

Waktu kena bayar zakat fitrah ni jatuhnya hukum sunat sepanjang bulan Ramadan.

Waktu afdal dia bulan, sebelum solat Hari Raya tapi dia jadi wajib bila terbenam matahari akhir Syawal sehingga terbit matahari satu Syawal.

Kalau nak selamat, bayarlah waktu bulan puasa.

Jangan buat kerja last minute.

Anda kan ketua keluarga yang hebat, jangan lengah-lengahkan.

Cara bayar zakat semasa PKP.

“Kan sekarang tengah Covid-19, macam mana nak bayar zakat ni?”

Baiklah.

Soalan hangat ini kerana masih ramai lagi yang tidak tahu.

Gara-gara wabak Covid 19 ini, semua Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri telah membangunkan aplikasi atau boleh bayar zakat melalui laman sesawang mereka.

Tak perlu risau, bayar secara online sahaja.

Hal ini untuk mengelakkan penularan Covid 19.

Namun tidak pastilah jika cara ini akan diteruskan sampai bila-bila.

Namun untuk dalam-dalam kampung, kadang-kadang ada amil yang membuka kaunter tetapi tiada sentuhan yang berlaku cuma ada lafaz sahaja.

Oleh itu, selaku ketua keluarga, bijaklah dalam merancang masa anda membayar zakat kerana ini tanggungjawab anda.

Kredit Gambar: Zakat Selangor

Tagged in:

, , , ,

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles