Perasankah anda dengan trending sekarang di media sosial tentang banyak pasangan sama ada pasangan kekasih atau tunang yang putus di tengah jalan?

Hubungan putus di tengah jalan merupakan satu situasi yang terakhir yang anda semua mahu lalui kerana ia merupakan situasi yang sangat menyakitkan.

Namun anda perlu tahu bahawa kehidupan mesti diteruskan.

Tidak kisahlah sama ada anda atau pasangan anda yang mengakhiri hubungan kalian, yang penting, anda mesti keep on going.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk move on daripada pasangan anda.

1. Buang

Langkah pertama ialah buang.

Buang semua tentang dia.

Nombor telefon, gambar, hadiah atau apa-apa sahaja.

Buang semuanya. Kalau perlu block dia, block segala-galanya.

Jangan bagi ada satu platform pun untuk anda atau bekas pasangan anda berhubung sekali lagi.

“Tapi, ada hadiah dia bagi teddy bear besar. Cantik lagi. Takkan nak buang? Dahlah mahal.”

Ha, kalau rasa sayang nak buang barang-barang yang dia bagi, sedekahlah kepada siapa-siapa yang memerlukan.

Yang penting, jangan ada satu benda pun yang tinggal yang boleh mengingatkan anda pada dia.

2. Bina Semula Hubungan dengan Keluarga

Langkah kedua, rapatkan balik hubungan anda dengan keluarga.

Kalau selama ini, anda selalu keluar dengan pasangan anda dan selalu dengan telefon kerana bermesej dengan pasangan anda, sekaranglah masanya untuk anda rapat balik dengan keluarga.

Rapat betul-betul.

Balas balik semua jasa mereka.

Belanja makan ke, beli hadiah ke, sembang-sembang ke.

Buatlah apa-apa yang boleh happy kan mereka.

Inshaa Allah ada berkatnya kerana mereka itu kan darah daging anda.

3. Bina Silaturrahim dengan Kawan-kawan

Langkah ketiga,bina silaturrahim dengan kawan-kawan.

Tak kisahlah kawan-kawan sekarang atau kawan-kawan yang lama-lama tu.

Mungkin dulu anda tiada masa untuk berhubung dengan mereka kerana sibuk melayan pasangan anda tetapi sekarang kan anda nak cari sinar untuk move on, silalah berhubung semula dengan kawan-kawan anda.

Mana tau, mungkin ada kawan lama anda yang merupakan jodoh anda.

4. Dekatkan Diri dengan Tuhan

Langkah keempat ini merupakan langkah yang paling penting iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.

Tidak kisahlah apa-apa kepercayaan anda sama ada Islam, Kristian, Buddha mahupun Hindu, anda perlu dekatkan diri dengan Tuhan.

Berdoalah pada Tuhan supaya permudahkan jalan hidup anda dan berkati hidup anda.

Buatlah banyak-banyak ibadah.

Bukan nak suruh anda jadi ustaz atau sami terus, maksud di sini ialah beribadahlah.

Cuba tambah banyak-banyak ibadah supaya dapat pahala banyak-banyak dan tanpa sengaja  ketenangan itu pasti akan muncul.

5. Buat Benda yang Anda Suka

Langkah kelima, buatlah benda yang anda suka.

Contoh, jika anda suka menulis, menulislah.

Jika anda suka bersukan, bersukanlah.

Jika anda suka main game, main gamelah.

Buatlah apa-apa yang anda suka.

Ada satu kajian mengatakan jika manusia melakukan perkara yang mereka suka, mereka akan lebih fokus kepada benda yang mereka lakukan dan akan berjaya.

Jika anda tiada benda yang anda suka buat, masa inilah boleh dilakukan untuk terokai apa yang anda suka.

Learn yourself!

Sakit. Memang sakit kalau putus hubungan ini.

Ya lah, anda sudah bayangkan si dia menjadi teman hidup tetapi tiba-tiba ada masalah.

Tetapi anda perlu ingat, Tuhan lebih mengetahui.

Mungkin bekas pasangan anda itu bukan yang terbaik untuk anda dan mungkin anda akan lebih menderita jika bersama-sama bekas pasangan anda.

Saya doakan anda semua akan bahagia di samping yang tersayang!