Semalam, JAWI telah maklumkan bahawa “Ujian Pemahaman Secara Dalam Talian (UPSDT)” akan dilaksanakan sebagai pengecualian menghadiri kursus kahwin dalam tempoh PKPB.

Pengecualian ini adalah untuk membantu bakal pengantin yang nak bernikah dalam bulan Jun 2020 dalam kawasan Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Dengan ini, bakal pengantin perlu ambil “Ujian Pemahaman Secara Dalam Talian (UPSTD)” dan lulus untuk dapatkan surat pengecualian ini.

Bagaimana pun, setiap pemohon boleh ambil ujian adalah MAKSIMUM 2 kali sahaja. Dengan kata lain, kena lulus ujian untuk dapat surat pengecualian.

UJIAN PEMAHAMAN SECARA DALAM TALIAN (UPSDT)

  1. Akan dilaksanakan oleh JAWI bermula dari 2 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020.
  2. Hanya untuk pemohon yang bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  3. Dan hanya untuk pemohon yang akan berkahwin di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja.
  4. Ianya adalah untuk pasangan yang akan bernikah pada bulan Jun 2020 sahaja.
  5. Urusan UPSDT dilaksanakan hanya di pejabat JAWI sahaja.
  6. Untuk pasangan yang akan nikah pada bulan selepas Jun 2020 (Julai 2020 ke atas), makluman terbaru akan dibuat oleh JAWI nanti.

BAGAIMANA?

  • Pemohon print dan isi Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin (Borang 1) dari sistem SPPIM (www.sppim.gov.my).
  • Pemohon tak perlu sahkan dulu borang ini di qariah masing-masing terlebih dahulu. Bawa borang tersebut ke kaunter Bahagian Perkahwinan JAWI untuk memohon ujian.
  • Ujian dibuat:
    • a. Bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
    • b. Hari Selasa hingga Khamis.
    • c. Ianya melalui temujanji atau walk-in. Bagaimana pun ianya bergantung kepada kekosongan.
    • d. Ujian UPSDT mengambil masa 15 minit.
    • e. Untuk rujukan, pemohon boleh dapatkan buku Gerbang Perkahwinan dari JAWI.
    • f. Tiada yuran lain akan dikenakan selain harga buku tersebut.
    • g. Markah lulus:
      • i. 80% ke atas – lulus
      • ii. 79% ke bawah – gagal
    • h. Setiap pemohon boleh ambil UPSDT maksimum 2 kali sahaja.

SYARAT?

  1. Kahwin pertama kali.
  2. Belum pernah sertai kursus kahwin.
  3. Bermastautin dalam kawasan Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  4. Cadangan akad nikah dalam bulan Jun 2020.
  5. Keutamaan – pasangan yang bermastautin dalam kawasan Wilayah Persekutuan. Dan akad nikah juga dalam kawasan Wilayah Persekutuuan.

Mohon anda rujuk SOP JAWI yang kami sertakan di bawah.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles