Sekarang kalau setiap hujung minggu sahaja, trending Twitter di Malaysia takkan lepas dengan drama Korea The World of the Married.

“Ew, drama Korea mesti cringe sangat.”

Saya mahu beritahu anda bahawa drama ini sangat berbeza dengan drama-drama yang lain.

Drama ini merupakan adaptasi dari drama bahasa Inggeris Dr Foster (anda boleh tonton drama ini di Netflix, Viu atau Kissasians).

Hampir 98% drama ini sama dengan drama Dr Foster (nama pun adaptasi kan?).

Serba sedikit tentang drama Korea ini. Spoiler alert kepada yang belum menonton sehingga ke akhirnya.

Drama ini mengisahkan Sun Woo yang merupakan seorang doktor perubatan yang sangat stabil kehidupannya. Dia ada suami, anak, rumah, rupa dan pekerjaan yang baik. Sehinggalah pada suatu hari, suaminya Tae Oh disyaki curang.

Dia mencari tahu dengan siapa suaminya curang dan cuba untuk membalas dendam dengan cuba untuk dapat hak penjagaan anak mereka Jun Woong.

Setelah dia berjaya balas dendam, suaminya meninggalkan Gosan dan berkahwin dengan perempuan yang dia curang iaitu Da Kyung. Namun, Tae Oh pulang semula ke Gosan dengan kerja yang lebih stabil (bapa mentua dia support), dia ganggu hidup Sun Woo.

Macam-macam benda buruk jadi sampailah akhirnya, Tae Oh bercerai dengan Da Kyung dan mempunyai hidup yang sangat menyedihkan kerana tak dapat get back dengan Sun Woo.

Jadi, ada banyak tips perkahwinan dari drama ini. Mari lihat:

1. Komunikasi Sangat Penting

Komunikasi sangat penting dalam sesuatu perhubungan.

Tak kisahlah perhubungan cinta ke adik-beradik ke apa ke. Sila bercakap. Jangan diam sahaja. Kalau diam, semua benda tak jadi.

Macam Sun Woo, dia mengamalkan komunikasi yang baik, dia tanya dulu suami dia pasal suami dia ada tak perempuan lain. Kemudian suami dia jawab tiada.

Sekurang-kurangnya Sun Woo cuba untuk bercakap.

Mungkin jika Tae Oh tidak berbohong ketika itu, hubungan meeka tidak akan teruk sehingga begitu. Jangan tipu pasangan anda.

Kalau dah kahwin ni, dia macam ada lie detector tau antara suami isteri. Masing-masing boleh rasa kalau masing-masing ada tipu atau sembunyikan sesuatu.

2. Sila Keluar dari Hubungan Toksik

Keluarlah dari hubungan toksik jika anda sedang stuck dalam hubungan itu.

Hubungan toksik tak semestinya pukul-pukul atau ada melakukan kecederaan fizikal sahaja. Mengongkong juga merupakan toksik dan tidak bagus untuk hubungan.

Kalau anda cuba bertahan dalam hubungan itu, anda akan menyakitkan diri sendiri. Faham, anda sayang dia kan? Tapi pada akhirnya, anda yang akan tersakiti.

Tak berbaloi untuk hidup anda.

Cuba fikir lagi dan ambil tindakan sekarang.

Contohnya macam Hyun-seo yang stuck dengan Ink-Gyu. Pakwe Hyun-seo sangat abusive sampai dia terseksa dan pada akhirnya dia berjaya keluar dari hubungan tu, dia lari dan cut off pakwe dia (walaupun in the end pakwe dia mati).

3. “What You Give You Get Back”

Ingat, bumi ni bulat.

Setiap apa yang anda beri atau buat, anda pasti akan dibalas Tuhan. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Contoh macam Da Kyung (perempuan yang Tae Oh curang), akhirnya dia rasa juga macam mana Sun Woo rasa apabila dia bermain cinta dengan suami Sun Woo.

Akhirnya dia terduduk meraung sama macam Sun Woo rasa apabila dia rampas Tae Oh dari hidupnya. Akhirnya dia bercerai juga macam Sun Woo bercerai.

See? Semuanya akan dibalas.

Oleh itu, buatlah baik selalu macam pepatah Melayu buat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali. Jangan cuba untuk buat jahat atas muka bumi ni sebab nanti Tuhan balas lagi dahsyat.

4. Hormat Ibu

Doa ibu merupakan doa yang paling tiada hijab, maksudnya pasti akan makbul.

Oleh itu janganlah sakitkan hati mereka.

Dalam drama ini Joon Young (anak Sun Woo dan Tae Oh) jadi kurang ajar sangat dengan Sun Woo sebab masalah remaja. Biasalah remaja kan emosi tidak stabil dan gemar memberontak.

Joon Young lebih menyakitkan hati ibunya dengan berpindah ke rumah bapa dan isteri baharunya. Pada akhirnya, Da Kyung menuduh Joon Young memukul Jenny (anak luar nikah Tae Oh dan Da Kyung) di rumah mereka sedangkan Joon Young cuma mahu membantu Jenny.

Joon Young kembali ke sisi ibunya dan syukur Sun Woo masih menerima Joon young. Begitu besarnya kasih ibu sampai anak buat macam-macam pun, dia okay lagi. Jangan lupa untuk sayang ibu anda hari ini.

5. Bersyukur

Bersyukur dengan kehidupan yang ada.

Kena bersyukur.

Sesusah mana pun hidup, jangan lupa untuk bersyukur.

Dengan syukur, anda akan peroleh ketengangan yang sangat padu.

Walaupun rasa hidup ni macam tak adil, syukurlah ya.

Semuanya ada hikmah.

Sebagai contoh, Sun Woo, Ye Rim dan Da Kyung pada akhirnya ada life sendiri dan mereka live their life with their own ways. Sebab diorang bersyukur dengan apa yang diorang ada.

Takda dah nak cuba usaha dapatkan hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Kalau anda belum rasa bersyukur harini, anda boleh cuba untuk reflek balik hidup anda sampai sekarang, betapa banyaknya nikmat yang tuhan sudah berikan.

Kesimpulan

Ada banyak lagi pengajaran kehidupan tetapi ini sahaja dapat dikongsikan. Semoga anda ambil yang baik-baik sahaja dalam drama ini walaupun ada scene-scene yang kurang menyenangkan.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles